Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, May 25, 2009

Hadith 40 - Kedua (con't)

Assalamualaikum

Entry ini adalah sambungan entry yang lepas. Ini adalah pengajaran hadith yang ke-2. Sebelum itu, =) nak cerita, petang tadi sempatlah pergi ke Jaya Jusco Keramat (agak baru la juga) alhamdulillah, buku yang dicari-cari akhirnya ditemui tapi dalam versi bahasa Indonesia. Beli juga. Bila baca, bahasanya boleh difahami, tidak seperti yang dijangka. Ni buku yang dibeli di sana:
  • Syamail Muhammad, penerbitan Jahabersa (Imam Tarmizi)
  • Siapa Khadijah binti Khuwailid, PTS (Nabilah Hasan)
  • Tatatertib Solat dan Kuasa Solat Tahajjud (Ethics of Prayers & The Power of Night Prayers)
InsyaALLAH nak habiskan buku-buku yang dah beli sebelum ni. 2 minggu cuti, sempat ke? Baca mana termampu. InsyaALLAH akan dikongsikan bersama, moga berkesempatan berbuat demikian. Teruskan dengan agenda utama entry kali ini. Pengajaran Hadith ke-2.


Pengajaran Hadith

Agama lslam adalah agama yang datang dari Allah. Oleh itu ia dipanggil agama samawi atau bersifat Rabbani, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. la bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek, kerana itu ia amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman.

Hadis ini menerangkan tiga tunggak agama, iaitu rukun lslam, rukun iman dan ehsan. Rukun lslam lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullahilharam.

Rukun lman enam perkara iaitu percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari Qiamat dan beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah. Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam, menyempurnakan tuntutan rukun iman dan sifat ehsan. lslam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata.

Kesempurnaan lslam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya. llmu dalam lslam mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu agama tidak boleh dipelajari melalui mimpi dan sebagainya.

Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika datang mengadap Rasulullah SAW untuk bertanya beberapa soalan agama. Demikian juga seorang guru mestilah mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan yang diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu. ltu adalah tanda wara' para ulama dan orang berilmu.

Hari qiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusia pun yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah SAW. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah SWT. Sesiapa yang mengaku tahu bila berlaku qiamat atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu besar.

Walaupun tarikh qiamat tidak diketahui, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba, antaranya ialah terjadi peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya atau bossnya sendiri, yang menjadi hamba kepada anaknya. Di akhir zaman juga berlaku peristiwa si-miskin yang papa merempat bertukar menjadi hartawan yang kaya raya.
Sehari cuti berlalu. Semoga lebih baik pada hari-hari mendatang, InsyaALLAH. InsyaALLAH 'Warkah Kehidupan' akan ditatapi oleh kalian dalam masa terdekat ini. Bukan senang mood menulis nak datang. Jam menunjukkan jam 0430, mata dah tak boleh lelap mungkin sebab dah tidur tadi. Tunggu subuh dulu, tidur sekarang, for sure tak boleh bangun subuh. Amal..amal =D Bersama memperbaiki diri, baiki kelemahan dan kekurangan. Kesempurnaan ISLAM terletak pada unity of ummah, tegurlah diri ini kerana kurangnya ilmu, salah pentafsiran..Cuma MANUSIA BIASA. Waallahu'alam.



Solat tiang agama,
Why is it 'tiang'?
Di dalam solat adanya kepercayaan,
Dalamnya juga ada zakat,
Pembersihan diri,
Penyucian jiwa,
Adanya puasa,
Batalnya solat jika makan, minum,
Seperti batalnya puasa,
Haji?
Adanya takbir,
Menghadaplah hambaNya,
Ke Kaa'bah,
Di Makkah al-Mukarramah,
Runtuh tiang ini,
Runtuhlah agama yang selama ini dibina..

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates