Mesti kalian pelik dengan tajuk entry kali ni. Hmm, tidak tahu mana perginya muslimin semua tatkala solat isyak berjemaah tadi. Aina antum? Afwan, bukan hendak bersangka buruk..Na'uzubillah min zalik tapi mana kalian ketika itu? Sedih hati..adakah ini petanda dunia akhirat zaman. Memang dunia ini sudah tua, benda yang berat dipadang ringan. Betullah, perkara yang paling berat adalah amanah..amat berat. Tetapi kini ia diringan-ringankan. Ana tahu kalian ada tanggungjawab ditempat lain, tidak kira sama ada di bilik sendiri atau urusan luar sehingga tidak sempat turun. (penulisan tidak sepedas kata-kata) Tetapi amanah tetap amanah (cili hanya pedas bila digigit ya)
Terima kasih pak guard! Tersentuh hati mendengar bacaan pak cik (sebagai imam) seperti menyampaikan sesuatu tadi, sudah lama tidak mendengar bacaan imam sedemikian disini. Bacaannya teratur dengan alunannya, satu-persatu..subhanallah. Semoga ALLAH merahmati setiap perjalanan hidup pak cik, InsyaALLAH. Amin..
Tiba-tiba teringat KMPk (Kolej Matrikulasi Perak) yang banyak meninggalkan kenangan. Tempat yang paling meninggalkan kesan adalah masjid al-Maghfirah. Sesuai dengan namanya..tersergam indah, tempat pengabdian diri, memohon keampunan padaNYA. Disini tidak pernah kosong, jemaah solat lima waktu disini itu tetap terlaksana walaupun jadual padat. Imam-imam muda melaksanakan tugas mereka. Azan berkumandang bila tiba masanya, kedengaran sehingga ke kolej kediaman perempuan (kecuali kalau elektrik takde, senyaplah jawabnya..hehe) Namun, keadaan itu tiada disini. Rindu detik2 disana, insyaALLAH akan terjejak semula kaki ke sana cuti nnt =)
Indahnya tersergam, subhnallah..kenangan disini tidak akan dilupakan
Hidup manusia hanya sementara,
Masa hanya tinggal sedetik cuma,
Sedangkan tanggungjawab melebihi masa yang ada,
Sedarkah kita?
Perjanjian bertemu Yang Maha Esa kelak terlaksana,
Tiada lain yang dilihatNYA,
Hanya amalanmu, taqwamu, level iman yang di measure,
Bukan harta, atau sehebat mana anda bermain kata,
Waallhu'alam..
Maaf sekiranya tersalah kata, kerana itu hakikat yang perlu diterima. Yang baik itu datang daripadaNYA =) senyum selalu..Semoga harimu dilimpahi rahmah dan inayahNYA, InsyaALLAH.
8 Buah fikiran:
masjid yg pnuh ketenangan...suasana di sini pnuh makna buatku...tunggu la nnt ku plak citerkan tntg msjid al-maghfirah tuh...huhu...syg masjid itu...imam2,makmum2,makmumah2...dan semuanya
assalamualaikum, sekadar berkongsi pandangan bersama antuna, benar jika kadang kala ana sendiri terlelap dan kadang kala tidak dapat ke surau atas urusan kelas dan kadang kala ana sendiri dan ikhwah di sini ada program di tempat lain. Maka atas sebab terlelap ana mohon maaf dan selalunya kalau dah lewat sangat ana tak azan la terus solat bagi ana nanti orang kata azan waktu apa pula...ini ijtihad ana kalau salah mohon pembetulan.
untuk kita bandingkan antara masjid KMPk dan surau perubatan unimas kita perlu juga lihat faktor kepadatan penduduk. Di masjid kita tu mmg ramai orang maka untuk azan adalah satu benda yang pelik la kalau tak de sape yang azan. Untuk pengetahuan saudari selalunya di surau perubatan azan imam dan makmun selalunya rotate 3 orang dan kadang kala 4 dan ini lah imam tetap, bilal tetap dan makmum tetap...jarang untuk senior lain untuk azan dan kepadatan tahun 1 muslim juga sedikit dan yang hadir juga bileh dibilang oleh pelajar tadika.
namun ana ambil ini sebagai cabaran untuk ana dan insyaALLAH
untuk bacaan imam ana mohon bgtau ana dan imam yang selalu baca mana salah kami...kadang kala ana rasa dah abis pelan ana baca dah abis semua tajwid yang ana belajo ana gunakan....tapi masih silap...kami yang didepan mmg menjadi tempat rujukan makmum jadi mohon...kadangkala bila dah ramai sangat cakap ana mula hilang semangat dan down...dah la tak dda sapa nak jadi imam, bila kita jadi imam kena komen memanjang....ate macam mana nak buat...ana mohon kerjasama satu hal yang kekadang tu puhak muslimat jarang nampak iaitu tolong ajak la kengkawan yang lainn yang jarang turun...minta diaorg jadi imam,dorong la diorg....maklumlah di medic ni kita kalau diminta pompuan cepat skit buatnya kan...setahu saya begitu la...ana sendiri kengkadang pelik pabila terpancur dimulut kawan yang menyatakan pihak perempuan kata kenapa dak medic lelaki ni tak macam dak cina selalu tegur kami...ate nak kami buat macam mana tak kan nak peluk cium kot hahaha...mungkin dilihat ana lebih mudah berbicara dengan perempuan non berbanding muslimah. dengan muslimah ana berpandanga mereka faham yang kita ni ada benda yang boleh dan ade yang tidak...namun dengan non apa yang mereka tahu dan dari situ ana akan memberikan ketegasan takala mereka melampaui batasan dengan ana...
tolongla nasihat ana kerana diri ini bukan mudah untuk mengkoreksi diri dengan menggunakan akal dan jiwa sendiri...jazakallah khair
hmm, masjid yg penuh dengan ketenngan..kenangan disana amat bermakna..ssh nk dapat, mgkin juga kerana disana ada pengajaran yang bermakna..mengajar erti kehidupan yang sementara..smoga istiqamah mndekatkan diri padaNYA dan ringan kaki melangkah ke sana
Wa'alaikumussalam wbt
Post ini bukanlah ditujukan kepada specific person..harap mengerti..mmg tidak wajar untuk membandingkan surau disini dan masjid di matrikulasi perak..tidak bmaksud sedemikian rupa, cuma teringat..masa kan kita tidak sedih melihat keadaan seperti ini, adakah kejutan budaya? Tidak..kejutan apa? anda boleh jawab..seperti tanggungjawab itu ringan, sedangkan ia amanah yang berat..hrp saudara ibnusarha tidak terasa hati kerana disini tidak menyalahkan mana-mana pihak..mungkin keadaan ini boleh diperbaiki..insyaALLAH
Mengenai pelajar perempuan kata tu..ana tak tahu apa2, maaf tak tahu nk ulas apa..x paham apa 'x mcm dak cina tegur kami'? Kenapa kalian perlu cakap dgn kami kalau tiada urusan..bckp bila b'urusan/ ada perkara2 penting, rasa itu dh memadai
Mengenai pelajar sedikit, adakah sebab populasi yang sedikit menyebabkan keadaan ini terjadi..ana rasa tidak..sepatutnya, sebab kita sedikit, kita lebih kuat untuk pertahankan..mgkin fikrah membezakan..sbb tu kena usaha, insyaALLAH kami disini sedang usahakan menarik muslimat..cuba bayangkan kalau ramai muslimat datang ke surau untuk solat berjemaah, tetapi imam tiada atau muslimin 2-3 orang sahaja..boleh ajak, tapi takkan perempuan nk ajak lelaki jadi imam..lebih molek lelaki yang ajak.kalau depa xnak, bgtahu siapa, nnt cuba cara lain
Muslimin, kalian adalah baris hadapan..tiang hidupnya surau disini..muslimah ramai bagaimana sekalipun, muslimin jua p'imarah utamanya
4 org..hm, at least ada, cuba ajak yang lain..tapi apa salahnya, istiqamah..terus istiqamah..org lain xnak bersaing rebut rahmat, redha ALLAH..apa kita boleh buat kan? Tapi still usaha..insyaALLAH dipermudahkan..'down'? sepatutnya takde sbb org tegur untuk perbetulkan supaya lebih baik, ibadah lebih mantap..anda patut rasa beruntung
InsyaALLAH akan kami tegur, pihak muslimin, jika ternampak/terlihat sebarang jelik/kekurangan pada pihak muslimat..harap dapat tegur..kami juga punya byk kelemahan
Syukran atas pendapat, insyaALLAH yang lemah akan diperbaiki..dijadikan pengajaran..jazakallah khair kathira
Mengenai imam, ana xtahu nk kata apa, rasa dah tegur..tapi masih kadang2 terjadi benda yg sama..tapi kebiasaan ssh nk ubah..paham itu tapi still boleh ubah..
salam'alaik..
ble hidayah melihat masjid al-maghirah..teringat kenangan manis bersame shbt2..
rndu ingin kmbli ke sana..
erm,ktcni da x rse sume ni lg..
salam 'alaik,
pergh...
masjid tempat berkumpulnya para ummah....
tempat study yg sangat kondusif...
boleh bagi ikan makan..
tenang jer hati nie...
tempat perkongsian ilmu....
hargai sgt saat tu....
byk program yg dibuat...
sangat terkesan....
ahli kariah semua bersatu hati..
sesibuk-sibuk study jarang terlepas pi masjid tue....
teruskan perjuangan kalian semua..!
Post a Comment