Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana seperti biasa kami, muslimat berkumpul (usrah) setiap hari Jumaat walaupun ramainya tidak menentu. Untuk sesi Tafsirul Quran, hari ini ayat 49-59 surah az-zumar. Harap kali boleh refer lepas ni sebab hari ini nak ulas sesi Tazkirah yang membawa tajuk Kewajipan Menuntut Ilmu.
"Siapa yang bertambah ilmunya sedangkan hidayahnya(amalannya) tidak bertambah, maka ia bertambah jauh daripada rahmat ALLAH" (al-Hadith)
Bertambah ilmu tapi amalannya tetap sama..ilmu bertambah tetapi tiada impak pada diri? apa maksudnya? Ilmu yang bertambah sepatutnya dapat meningkatkan keimanan kita kepada ALLAH kerana pemilik semua ilmu ini adalah ALLAH. Ini dapat mendekatkan diri kita pada ALLAH dengan ibrah(pengajaran) yang kita dapat daripada ilmu-ilmu yang kita perolehi.
"Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad"
Menuntut ilmu, no time-limited..Belajar..belajar..belajar sehingga ke hembusan nafas terakhir, insyaALLAH (buat diri sendiri dan sahabat2..) Contohilah imam Syafie..kesungguhan dalam menuntut ilmu menyebabkan beliau dipandang tinggi dan dikagumi oleh orang awam, termasuk ulama'-ulama' yang pernah menjadi guru beliau. Bagi imam Syafie, "Kelalaian sesaat boleh menghilangkan kejayaan yang diusahakan selama setahun" Bila difikirkan sejenak, ada betulnya ungkapan itu..cuma kadangkala kita tidak sedar.
Manusia yang menuntut ilmu itu terbahagi kepada 3 keadaan:
Pertama
Orang yang mencari ilmu untuk dijadikan bekalan ke akhirat, tidak berniat untuk mencari ilmu melainkan untuk mencari redha ALLAH. Golongan ini adalah orang-orang yang beruntung.
Kedua
Orang yang mencari ilmu untuk mendapatkan kentungan segera dunia dan mendapatkan kemuliaan, pangkat, harta benda, sedangkan dia sendiri menyedari hal ini dan merasakan di dalam hatinya akan kejahatan itu. Mereka ada tergolong dalam golongan orang2 yang rugi kecuali jika mereka bertaubat dimana semua dosa mereka sebelumnya diampunkan. Maka mereka tergolong dalam golongan orang2 yang beruntung.
Ketiga
Orang yan dikuasai syaitan, menjadikan ilmu sebagai alat untuk menghimpunkan harta benda dan bermegah-megah dgn kedudukan bangga dengan ramai pengikut. Terpedaya dengan sangkaannya bahawa dia mempunyai kedudukan yang tinggi disisi ALLAH. Mereka tergolong dalam golongan2 yang rugi.
Renungkan2..dimanakah kita?? Pertama..kedua..atau ketiga..Ayuh menjadi golongan pertama, bukan dua atau tiga..Redha ALLAH itulah matlamat paling utama dalam menuntut ilmu, tiada yang lain. jika tiba2 terjatuh ke golongan kedua, cepat2 sedar..ayuh ke golongan pertama semula..Iman manusia, ada turun naiknya..bukan selamanya turun jika kita istiqamah dalam mendekatkan diri pada Pencipta. Bersama banyakkan AMAL..teruskan usaha! =)
Sepatutnya ada analogi tadi tapi macam dah panjang ni..Hehe, boleh lagi menulis..exam minggu depan ni..insyaALLAH, cukup dulu setakat ni..Bagi satu analogi jela ye, cuba bayangkan ada gelas kosong dan satu jag air..adakah gelas itu akan penuh sendiri? Mesti kita yang tuangkan air ke dalam gelas kosong itu kan? Adakah bila dituang, gelas itu still kosong bila diisi? Analoginya disini adalah dalam menuntu ilmu kita perlu berusaha (tuang air) untuk mengisi gelas itu untuk diisi dengan air (ilmu).
Analogi lain yang tak terfikir tadi, nak makan? kena suap ke mulut kan, gunakan tenaga kan..itulah usaha..maka, makanan itu adalah ilmunya..Ia perlu dicari dan tidak datang sendiri. Tetapi jika sudah usaha tapi still tidak pandai2 atau result exam x baik, itu diluar kuasa kita..ALLAH lebih Mengetahui..ujian/pengajaran buat hambaNYA.
"Barang siapa yang menuntut ilmu maka ia termasuk dalam golongan orang yang berjuang di jalan ALLAH, sehingga ia kembali". Yang baik itu datangnya daripada ALLAH. Yang kurang itu datangnya daripada ALLAH tetapi disandarkan pada kelemahan diri ini sendiri. SELAMAT BERJUANG! Perjuangan memerlukan kesabaran. MA'AT TAUFIQ WAN NAJJAH FIL IMTIHAN WAL AKHIRAH, insyaALLAH.
" Allah mengangkat orang yang beriman dan mereka yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat" (surah al-Mujadalah : ayat 11)
Waallahu'alam.
0 Buah fikiran:
Post a Comment