Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, May 30, 2010

CC 015 : Cinta

Assalamualaikum,

Tahan, bertahan, mempertahankan. Apa yang ingin disampaikan adalah mampukah manusia itu mempertahankan cinta. Penulis memang 'anti' perkataan ini tetapi perkataan ini adalah salah satu fitrah hidup kerana kehidupan ini penuh dengan cinta dan kasih sayang :)

Cinta akan ALLAH,
Cinta akan Rasul-Nya,
Cinta akan keluarga,
Cinta akan persaudaraan,
Cinta akan alam keseluruhannya.

"Mampukah kita mempertahankan cinta kita kepada ALLAH dan Rasul-Nya?"

Tetapi soalan ini sering kita lupakan. Apa yang kita ingat adalah, "Wahai kekasihku, mampukah kita mempertahankan cinta kita? Sanggupkah engkau bersamaku selama-lamanya, sehidup semati?" Rapuh jiwa, goyah iman dibuatnya. Nauzibillah min zalik.

Fikir-fikirkan, cinta mana yang kita pertahankan? Ucapan cinta secara lisan adalah tidak cukup untuk membukti cinta kita. Perlu disertai dengan perbuatan dan yakin dengan hati. Betul atau tidak? Tetapi ini seringkali di praktikkan bagi cinta sesama manusia, sedangkan cinta Allah itu lebih utama.



Secara tidak langsung konsep yang sama juga digunakan untuk menggapai cinta Teragung iaitu ucapan secara lisan, amalan melalui perbuatan serta keyakinan yang teguh didalam hati.

"Aku cinta dia, dia boleh beri aku kesenangan, kebahagiaan dan ketenangan."

Sedar atau tidak, Allah boleh kurniakan kita lebih daripada itu. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sedarlah bahawa kesenangan, kebahagiaan dan ketenangan yang kita kecapi hari ini adalah kurniaan Yang Esa.
Dalam hadis Qudsi dinyatakan: "Telah Ku-sediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu (syurga) yang belum pernah dilihat mata, didengar telinga dan terdetik di hati manusia." [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Pertahankan cinta kita pada Yang Esa, daripada kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Sesungguhnya kesudahan yang baik bagi orang-orang yang bertaqwa. InsyaAllah. Amin.

Waallahu'alam.

30/5/2010 Ku serahkan segalanya kepada Pemilik Jiwa untuk menentukan sama ada teruskan atau hanya selesai di sini.

Saturday, May 29, 2010

CC 014 : Siapa Aku

Assalamualaikum,

Semenjak dua menjak ini telah dikejutkan dengan beberapa perkara yang boleh dikata mengejutkan. Pada masa itu, hanya Allah yang tahu segala yang tersirat dan tersurat. Aturan Allah itu Maha Adil buat sekalian hambaNya. Semenjak dua menjak ini juga membuat diri ini termenung, siapa aku?

Aku manusia ciptaan Tuhan,
Sempurna penciptaan bergelar insan,
Diselimuti kelemahan dan kekurangan,

Aku bernafas dalam jiwa hamba,
Tetapi kekadang ku terlupa,
Siapa hamba, siapa pencipta,

Aku melangkah mencari redha,
Dalam kelesuan menunggu hujan reda,
Mencari sebuah sinar bahagia,
Disisi Tuhan tercinta,

Aku melangkah mencari redha,
Redha siapa?
Redha Yang SATU..
Hidup bermatlamatkan SATU,
Kerana kembalinya ke sana,
menghadap Yang SATU.


Siapa aku berbanding mereka, kerdil punya banyak kelemahan. Wahai diri, manusia itu semuanya sama disisi Tuhannya. Taqwa itu kayu pengukur imanmu, nilaian bagi darjat disisi Tuhanmu. Sedarlah wahai diri.
"Wahai manusia! Kami telah ciptakan kamu lelaki dan wanita, dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu kenal-mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia daripada kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengenal". [Surah al-Hujurat :13]
Ingin aku bangkit tetapi sering kali tersungkur. InsyaAllah dengan kekuatan kurniaanMu aku bangun sekali lagi, lebih cermat dan berhati-hati memperbaiki diri walaupun aku tahu aku boleh jatuh lagi.

Apa ada padaku? Aku ada Allah, peneman hidup suka dukaku. Membuat aku tersenyum kerana Dia sediakan semua ini buatku dan tanpa aku sedari Dia mencukupkan keperluanku. Adakah aku masih tidak bersyukur?

Waallahu'alam.

29/5/2010 'Aku' diatas merujuk kepada kita semua. Hamba yang bersifat turun naik imannya.

Moga diberi petunjuk agar hilang segala kekeliruan. Muhasabah diri mampu membentuk peribadi yang utuh. InsyaAllah.

Thursday, May 27, 2010

CC 013 : Jumpa Lihat

Assalamualaikum,

Di pagi hari yang hening, aku menulis lagi. Sekarang sedang membilang hari saki baki cutiku yang tinggal, seminggu lebih lagi. Rasa tidak puas cuti, al-maklumlah cuti itu nikmat tetapi sebenarnya belajar, menuntut ilmu itu juga nikmat.

Semakin banyak belajar, semakin banyak pula yang tidak tahu.
Betul nak? [nak, bahasa sarawak yang bermaksud 'kan']

Hari ini ingin sekali berkongsi kata-kata Imam Ghazali.
Semoga bermanfaat buat semua.
Apabila bertemu dengan kanak-kanak,
anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita,
kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding kita.

Apabila bertemu dengan oran tua,
anggaplah mereka lebih mulia daripada kita,
kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana lebih lama hidup daripada kita.

Apabila bertemu dengan orang alim,
anggaplah mereka lebih mulia daripada kita,
kerana ilmu yang mereka miliki dan pelajari lebih banyak daripada kita.

Apabila bertemu dengan orang jahil,
anggaplah mereka lebih mulia daripada kita,
kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan, tetapi kita membuat dosa dalam keterangan.

Apabila melihat orang jahat,
anggaplah mereka lebih mulia daripada kita,
kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf terhadap kesalahannya.

Apabila melihat orang kafir,
berdoalah dalam hati agar pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dengan izin Allah dan segala dosa mereka akan diampuni.
Nak jadi 'orang yang bertemu dan melihat' :) Mulia manusia itu bukan pada pandangan manusia tetapi mulianya manusia itu disisi Tuhannya. InsyaAllah.

Waallahu'alam.

27/5/2010 Detik waktu memisahkan manusia dengan alam. Boosting..

Terima kasih haliza sebab temankan amal jalan-jalan :) farah nadiya, maryam hijrah dan shahir, gembira bertemu kalian.
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates