Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, February 27, 2010

Hari Kekasih

Assalamualaikum,

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata : "Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!"

Seterusnya aku bertanya: "Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

Dalam satu riwayat dikisahkan bahawa ketika Baginda mengimami solat berjamaah, para sahabat mendapati seolah-olah setiapkali Baginda berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh.

Setelah selesai solat, salah seorang sahabat, Sayyidina Umar bin Khatthab bertanya, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah Engkau menanggung penderitaan yang amat berat. Apakah Engkau Sakit ya Rasulullah?" "Tidak ya Umar. Alhamdulillah aku sehat dan segar."

Jawab Rasulullah. "Ya Rasulullah, mengapa setiap kali Baginda menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuh Baginda saling bergesekkan? Kami yakin Baginda sedang sakit." Desak Sayyidina Umar penuh cemas.

Akhirnya, Rasulullah pun mengangkat jubahnya. Para sahabat pun terkejut ketika mendapati perut Rasulullah SAW yang kempis tengah di lilit oleh sehelai kain yang berisi batu kerikil sebagai penahan rasa lapar. Ternyata, batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah SAW bergerak. Para sahabat pun berkata, "Ya Rasulullah, adakah bila Baginda menyatakan lapar dan tidak mempunyai makanan, kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?"

Baginda Rasulullah pun menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apapun akan kamu semua korbankan demi Rasulmu. Tetapi, apa jawapanku nanti dihadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya? Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah buatku, agar kelak umatku tak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih di akhirat nanti."




Subhanallah sungguh mulia budi pekerti Rasulullah, Pesuruh ALLAH. Tepat sekali kekasih pilihan ALLAH :) Kekasih ALLAH. Al-Amin. Semua gelaran baginda indah-indah belaka. Sehari berlalu hari kelahiran Kekasih Dia. Semoga cinta kita kepada baginda mampu mengalahkan cinta kita kepada insan-insan lain di bumi ALAH ini.
"Belum beriman seseorang sehingga aku (Rasulullah Muhammad SAW) lebih dicintainya daripada ayahnya, anak-anaknya dan seluruh manusia"[HR. Bukhari]
Mari kita contohi akhlak insan mulia :)
Waallahu'alam.

27/2/2010
Akhlak baginda tiada tandingan. Jika mahu lelaki seindah akhlak Rasulullah, perbaiki diri, muhasabah diri mencontohi akhlak Siti Khadijah :) Jangan cuma mahukan yang terbaik tanpa melatih diri menjadi yang terbaik terlebih dahulu.

35 days more before professional exam. Adakah patut berhenti menulis buat seketika waktu? Doakan kejayaan kami di sini.

Thursday, February 25, 2010

Gambar Kehidupan

Assalamualaikum,

Susah juga akhir-akhir ini ingin menaip di laman ini. Masa? Manusia itu bermain-main dengan masa yang kadangkala masa itu sendiri yang mempermainkan kita. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. Jika tidak percaya, soal diri kita, berapa banyak masa kita ada dalam sehari? Apa yang telah kita buat?


Cuba hayati gambar ini. Nampak biasa-biasa sahaja bukan, tetapi jika dilihat kali kedua mungkin akan buat kita berfikir. Ini GAMBAR KEHIDUPAN penulis blog ini. GAMBAR KEHIDUPAN yang pada hakikatnya hanya objek yang tidak bernyawa kecuali kaktus penulis.

Tetapi sedarkah kita bahawa objek-objek ini diperbuat daripada bahan-bahan asasnya adalah milik ALLAH. Ya! Cuma manusia itu kadangkala melihat daripada sudut luarannya sahaja.


GAMBAR KEHIDUPAN. Kaktus? Berduri, itu adalah kehidupan kita. Kehidupan penuh duri di jalanan, perjalanan kehidupan yang bersulam dengan pahit dan manisnya. ALLAH tidak mencipta alam ini hanya untuk kesenangan dan kemegahan.

Oleh itu kita perlukan air [seperti dalam gambar] sebagai bekalan kita. Apa bekalan kita? Bekalan kita adalah iman yang perlu sentiasa diperbaharui dengan istiqamah dalam pengabdian. Begitu juga air, kita memerlukannya selalu untuk mengekalkan kandungan air dalam badan.

Buku dan kertas? Iman tidak akan lengkap tanpa amal. Untuk beramal, kita perlulah terlebih dahulu mempunyai ilmu. Ilmu bukan datang bergolek.

"Wahai manusia, aku ILMU datang kepadamu. Kamu mahu aku ke tak?"

Untuk memperoleh ilmu, diperlukan juga usaha, ikhtiar dan tawakkal. Jangan lupa berdoa :) Itu senjata mukmin, ALLAH beri senjata, jangan kita lupakan atau jangan juga disalahgunakan. ILMU ITU MILIK ALLAH.

"Wahai manusia, tuntutlah ilmu ALLAH ini hingga ke liang lahad. Carilah sehingga kamu jumpainya dan pelajari dan fahamilah."

Ha..Ada duit syiling? Duit walaupun nilainya sedikit, jangan lupa pula kita hendak mensyukuri nikmat itu. Wang banyak mana sekalipun, tidak ada nilainya jika tidak disertai dengan syukur kepada Pemberinya. Jika IMAN DAN AMAL, maka NIKMAT DAN SYUKUR. [Hipotesis baru dijumpai!]

Akhir sekali, gambar kehidupan bercerita lagi. AL-QURAN dan AS-SUNNAH menjadi peta menjalani onak ranjau kehidupan. Ada peta, insyaAllah tidak sesat tetapi perlu belajar dahulu bagaimana hendak tengok, analisis dan fahami peta itu ya!

Ya! Gambar itu berbicara kepada penulis dan penulis ingin sekali berkongsi dengan semua pembaca. Bukan gambar ini yang berbicara, Dia sedang berbicara. SEMOGA BERMANFAAT!
:)

26/2/2010 bersamaan 12 Rabi'ul Awal 1431H SALAM MAULIDUR RASUL! Semoga Rasulullah menjadi ikutan sepanjang zaman kerana baginda adalah contoh tauladan yang TERBAIK!
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. [Al-Ahzab, 33:21]
Mukmin yang paling sempurna imannya adalah mukmin yang paling baik akhlaknya

Saturday, February 20, 2010

Sesat

Assalamualaikum,

Kini, ku jejak semula bumi Sarawak ini. Dalam perjalanan pulang penulis blog ini ke Sarawak, persinggahan keduanya selepas rumah, dia terfikir akan sesuatu.
KENAPA APABILA SUDAH SESAT, BARU KITA TERFIKIR UNTUK KEMBALI KE PANGKAL JALAN?
Pangkal?

Sebelum sesat, kita ada pilihan untuk bertanya. Kita ada peluang berikhtiar dengan pelbagai cara, peta..arah jalan..kompas.

Apabila sudah sesat, sudah pastinya sukar untuk kita mencari jalan pulang tetapi mencari jalan pulang itu tidaklah mustahil. Di sisi ALLAH itu tiada yang mustahil, segalanya boleh terjadi sekiranya itu kehendak-Nya.



Kenapa perlu tunggu sesat baru hendak mencari jalan yang sebenarnya?
Kenapa apabila jalan buntu itu kita jumpai, baru hendak bertanya mana jalan pulang?

Setiap masa kurniaan-Nya itu perlulah kita 'sedar diri'. Di mana kita? Sentiasa perbetulkan jalan yang kita lalui. Hendak perbetulkan itu ada banyak cara antaranya berguru, menghayati isi alam, melalui bahan bacaan dan sebagainya.

Hanya NAK KE TAK NAK?

20/2/2010 Hujung bulan April nanti, akan ku bawa pulang hadiah paling berharga buat mama! InsyaAllah. Ya ALLAH, permudahkanlah dan izinkanlah.

Aku perlu lupakan segalanya sebelum matlamat ini terlaksana. Sempatkah?

:) Selepas Abu Bakar, InsyaAllah ada Umar.
Semoga bermanfaat, gunakan sisa hidup sebaik mungkin :)
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates