Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, September 18, 2010

Y 329 : Sajak Dia

Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh,

Minggu lepas semasa dalam bilik seminar, dapat satu SMS daripada seseorang. Identiti dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. SMS kali ni lain daripada yang lain, MMS barangkali, ada lagu yang sayu, gambar yang menenangkan, juga satu sajak yang memberi makna yang amat mendalam bagi diri ini yang sering lupa dan alpa.

Bila terhantuk baru sedar, hidup bukan calang-calang tempat persinggahan.
Yang pastinya ujianNya memenuhi ruang lingkup alam.
Maka, dekatkanlah diri kepadaNya, doa, usaha dan tawakkallah.
Hanya kepadaNya, segalanya.

Selepas kelas, baru dapat baca dan hayati maksudnya. SubhanAllah, Allah menghantar dia buat hambaNya yang amat memerlukan kata-kata yang dapat mengekalkan diri sebagai seorang yang sedar dalam tindakan.

Ada baiknya ku kongsikan sajak itu disini sebelum terpadam tanpa kenangan bernilai buat diri. Ku tujukan juga pada sahabat-sahabat muslimatku yang tekun menuntut ilmu Tuhan. Teruskan perjuangan hingga ke akhirnya.

Hayatilah teman..

Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,
Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya,
Kerana Allah teramat mencintainya,

Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,
Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seperti melepaskan kita kepada seseorang yang lebih banyak mengecewakan kita,

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,
Bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya,
Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari,
Hargailah kesempatan yang Allah berikan,

"Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya" [Iman Al-Ghazali]



Ukhtiku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan,
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian,

Ukhtiku,
Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan,
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan,

Ukhtiku,
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran,
Dari hidup dalam kesesatan,
Kerana jangan lupa ukhtiku,

Muliamu bukan pada pangkat dan harta tetapi kerana ISLAM..

Panjang juga sajak dia :) InsyaAllah kandungannya akan ku praktikkan. Terima kasih ya adik, jazakillahu khair. Semoga kita kelak menjadi hambaNya yang sentiasa patuh dan taat padaNya.

Mari usaha, laksana amanah Tuhan :)

Waallahua'lam.

18/9/2010 Yang putus, tidak muktamadnya putus kerana kelak jika Allah mahu ia bersambung kembali, maka bersambunglah selamanya. InsyaAllah.

Apa yang penting?
Yakin pada Allah!
Kerana janji-janjiNya itu kepastian.

Dia -- Adik Hani :)

Thursday, September 16, 2010

Y 328 : Harapan

Assalamualaikum wa rahmatullah,



Teringat dahulu, sajak ini ditulis dengan penuh keazaman menjadi mujahidah solehah, sayap kiri pejuang Islam suatu hari nanti, InsyaAllah. 8 November 2007 aku menulis sajak di atas. Waktu ni jika tidak silap, masih berada di alam matrikulasi yang pasti meninggalkan sejuta kenangan dalam diri. Selain ukhwah yang terbina di sana, sangat rindukan bintang, bulan, masjid Al-Maghfirah tentunya.

Ya, dulu aku suka menulis, mereka sajak, tetapi untuk membacanya dengan intonasi yang hebat pastinya ku malu di khalayak ramai. Bersajak dalam hati sahaja, sesungguhnya dalam hati itu ada taman. Taman perlu disuburi dengan keindahan taqwa dan tawakkal kepadaNya.

Tahun ini penuh dugaan, raya pun ada dugaannya tersendiri. Tawakkal kepadaNya kian teruji. Sabar ya Amal, masa itu akan tiba. InsyaAllah dalam keadaan yang lebih baik segalanya akan berlaku dan terlaksana, InsyaAllah. Semoga terus diberi kekuatan untuk membaiki amalan yang banyak bocor sana-sini, calar-calar, berlubang atas, bawah kiri dan kanan.

Cuba lagi..Jangan pernah berhenti :)

Manusia itu tahu tetapi tidak semua faham, manusia itu faham tetapi tidak semua beramal dengan fahaman yang ada. Sesungguhnya segalanya milik Allah, semua dengan izinNya.

Jom berdoa!
:)

Waallahua'lam.

17/9/2010 Hari-hari mendatang akan selalu tengok orang mengandung, tenang hati tengok ketenangan ibu-ibu :) Lagi tenang bila lihat bayi kecil baru lahir. Terasa ingin ada bayi sendiri, comel-comel-comel..pinjam satu boleh kak :D

Pengalaman di labour room :) si ibu dengan wajah tenang dengan sokongan nurse yang suruh push..push..push..akhirnya lahirnya seorang wajah suci anugerah Tuhan. Suka...~ Alhamdulillah. Tetapi malangnya tiada siapa yang azankan, si ayah tiada bersama. Kami pergi dekat-dekat dengan bayi tu. Dia perlu dengar kalimah Allah pastinya.

Ya, baru ku sedar, bukan mudah melahirkan. Baru sedar atau sedar tetapi buat-buat tidak sedar? Si ayah, beradalah di sisi si ibu di kala si ibu memerlukan. Jom hargai ibu kita :)

Sayang mama!

Wednesday, September 8, 2010

Y 327 : Pergi

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita tahun ini. Sayu di hati ini apabila merasakan Ramadhan ini disia-siakan. 29 Ramadhan 1431H pelengkapnya, perginya ia dengan rahmat pentarbiyyahan buat hambaNya yang mahukan perubahan dengan hidayahNya. Ya, Ramadhan yang pergi bakal dirindui, merindu saat memburu cintaNya tanpa musuh utama.

Pergi Ramadhan dengan sejuta rahmat,
Pergi Ramdhan meninggalkan keindahan pentarbiyyahan,
Pergi Ramadhan disusuli dengan kemenangan ummah,
Pergi Ramadhan diiringi kerinduan nikmat pengabdian,
Pergi Ramadhan bukan sekadar untuk ditangisi,
Perginya Ramadhan ini membawa maghfirah buat hamba,
Hamba yang tunduk, akur dengan perintahNya,
Hamba yang redha, berlapang dada dengan ketentuanNya.

Sehubungan dengan itu, Imam Ghazali pernah mengingatkan, "Cara menambahkan keyakinan itu bukanlah dengan mengajar keterampilan berdebat dan berhujah akan tetapi caranya adalah dengan menyibukkan diri membaca al-Quran dan menghafaznya, membaca hadis dan maknanya serta sibuk dengan tugas-tugas ibadah. Dengan ini aqidah anak-anak akan bertambah kukuh..."
Pentarbiyyahan daripada Allah sangat unik, bukan semua orang dapat merasainya kecuali buat hamba-hamba yang dikehendakiNya sahaja. Tepuk dada, tanya iman?

Sabda Rasulullah S.A.W, "Iman itu bukanlah angan-angan. bukan pula ucapan, tetapi sesuatu yang menetap dalam dada, lalu dibuktikan dengan perbuatan."
Mahukah kita merasai pentarbiyyahan itu, atau sekadar melihat saudara yang lain menjalani pentarbiyyahan Tuhan. Semua daripada kita mampu memperolehnya, doa kalian senjata paling bernilai di akhir zaman ini. Maka, berdoalah dan jangan berhenti untuk berdoa dan bergantung harap padaNya.

Jom kita cari redha dan cintaNya selagi mana kita mampu untuk berusaha dan bermujahadah diatas muka bumi indah ciptaan Tuhan ini :) Sebelum kita pergi dan tidak akan pernah kembali.



Cintailah Allah, nescaya moga cinta Allah bersama kita. InsyaAllah.

Ingin dikongsikan bersama kata-kata Sahl bin Abdullah,

Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al-Quran,
Tanda cintakan Al-Quran adalah cintakan Nabi S.A.W,
Tanda cintakan Nabi S.A.W adalah cintakan sunnah baginda,
Tanda cintakan sunnah baginda adalah cintakan akhirat,
Tanda cintakan akhirat adalah tidak mencitai diri sendiri,
Tanda tidak mencintai diri sendiri adalah membenci dunia,
Tanda benci dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup.

Ya! Cinta Allah itu merangkumi semua :)
Tiada sebarang keraguan lagi.

Ya! Ramadhan pergi bakal meninggalkan cinta.
Cinta Allah buat hambaNya, juga cinta hamba buatNya.

Orang yang beriman itu sangat kuat kecintaanya kepada Allah. [Surah al-Baqarah : 165]
Waallahu'alam.

9/9/2010 Hari demi hari dilalui, semakin jauh..

Ya, 'amal' bermaksud harapan/cita-cita tetapi diri ini tidak mahu memberi harapan kepada siapa-siapa. Pengharapanku hanya untuk Dia :)

Seram sejuk dengan hari yang bakal tiba. Apa nak jadi? Teringat lagu tu :D dah mula dah..berhenti setakat ini. Semoga bermanfaat buat semua! InsyaAllah :)
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates