Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail
Showing posts with label Tarbiyyah. Show all posts
Showing posts with label Tarbiyyah. Show all posts

Saturday, July 11, 2009

Pisang dan Hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam. (sumber : iluvislam.com)

SEMOGA UKHWAH YANG TERJALIN ANTARA KITA BERKEKALAN DAN DISUBURI DENGAN KEIKHLASAN. MOGA-MOGA TIADA TERSELIT NOKTAH ATAU TITIK HITAM KEBENCIAN DALAM MENITI TITIAN PERJUANGAN INI.

Saturday, June 13, 2009

Hamba Dunia

Assalamualaikum,

Tajuk kali ini agak sensitif bunyinya bagi mereka yang menjadikan dunia tempat kehidupan yang tiada akhirnya. Dunia? Apa ada di dunia ini? Indah sangatkah. Pernah sekali seorang sahabat bertanyakan kenapa ramai orang suka couple. Mereka tidak rasa bersalahkah. Jawapan itu bukan ada pada saya. Cuba tanya orang empunya diri. Dari perspektif mata yang melihat, ada yang cemburu melihat kemesraan orang-orang ini. Ada juga yang senang melihat, rasa cemburu 'kenapa aku tidak seperti mereka'. Pada hakikatnya pembaca sekalian, pandangan mata hanya menipu, keindahan itu bukan sewenang-wenangnya dinilai sedemikian rupa. Realitinya, indah pada mata manusia tetapi tidakkah kita fikir pandangan ALLAH terhadapnya.

Tetapi janganlah pula apabila kita melihat sesuatu yang mungkar itu, kita kutuk, keji manusia itu. Ingatlah, mereka juga manusia biasa, tidak ma'sum seperti para anbiya'. Itulah gunanya amar makruf nahi mungkar, memang susah untuk dipraktikkan tetapi sesuatu itu perlu bermula. Ruh manusia itu perlu dididik dan ditarbiyyah dengan qudwah hasanah, pekerti yang luhur dan perkataan yang hak bukannya batil.

Janga biarkan dunia memperhambakan kita. Indah dunia hanya sementara, akhirat jua kekal hingga ke akhirnya. Jangan kerana harta kita berpecah belah, jangan kerana jawatan kita bertikam lidah, jangan kerana manusia kita terpisah, terputus ukhwah. Jangan biarkan. Harta, jawatan, cinta manusia itu tidak kekal abadi. Hanya sebagai asbab turun naik iman manusia.

Dunia adalah perantaraan ke akhirat bagi mengumpul bekalan untuk dipersembahkan kepada Yang Maha Mencipta, Ya Rabbul Jalil. Waallahu'alam. Bersama perbaiki diri dan tingkatkan amalan.
Reducing zikrun-nas, increasing zikrullah.



** sekarang sudah seminggu dalam tahun ke-2, cabaran mula terasa. Tetapi itulah perjuangan yang mesti, harus diteruskan sama ada sampai ke matlamatnya atau berhenti di medan syahid. Nak study tetapi teringat blog ini. Semoga peringatan (terutama buat diri sendiri ini) yang sedikit cuma ini dapat menjauhkan kita daripada jatuh ke lembah-lembah kesibukan dunia yang membawa kepada kelalaian. Waallahu'alam.



Dunia hanya menipu,
Indahnya hanya sementara,
Terpedaya, hamba dunia,

Akhirat kekal abadi,
Indahnya, syurga diimpi,
Bekalan amalan menjadi taruhan,
Penentu hidup masa HADAPAN.

Saturday, May 24, 2008

Ciri-ciri Keimanan ^-^

Assalamualaikum ~~(@)

Bersua lagi..rajin update skrg ni eh? Hu3..sementara waktu masih ada. Ni adalah ciri2 keimanan yang perlu kita pupuk dan revise slalu. Al-maklum shj lah, manusia mudah lupa. Tapi jangan pula kita buat2 lupa kerana itu akan menempatkan kalian dalam kalangan orang-orang yang rugi..Na'uzubillah min zalik! Senarai ini dipetik daripada karya U.Fathi Yakan, Bahtera Penyelamat. Ini adalah ciri-cirinya :

1. Al-Ta'ibun - orang2 yg sentiasa bertaubat
2. Al-'Abidun - orang2 yg beribadat
3. Al-Hamidun - orang2 yg bertahmid memuji kebesaran Ilahi
4. Al-Sa'ihun - pengembara2 di jln Allah
5. Al-Raki'un - orang2 yg bnyk ruku'
6. Al-Sajidun - orang2 yg sujud kpd Allah
7. Al-'Amiruna bil-Ma'ruf - orang2 yg menyuruh kpd Ma'ruf
8. Wa-yanhauna 'anil-Munkar - orang2 yg menghalang perkara2 Mungkar
9. Al-Hafizuna Li Hududillah - orang2 yg memelihara hukum2 Allah

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang2 yang beriman. Insya-ALLAH, sementara masa masih ada, jangan kita lupa tanggungjawab yg senantiasa ada di pundak kita ni. Peringatan buat diri sendiri jugak..Be a FIRST CLASS PERSON in every aspect!

Ni adalah gambaran semasa Minggu Pengurusan Pelajar Baru Sesi 2008/2009, 12-16 Mei 2008 di Kolej Matrikulasi Perak =) Ni baru gelagat pelajar. Belum lagi gelagat AJK orientasi (AJKO) yang ala-ala keanak-anakan..he3, kalah adik2 tu. Kepada KMM008, akk harap adik ingat matlamat yang adik ungkapan hadapan akk n miss hani tempoh hari. Gud luck, moga sukses selalu =D


"Kejayaan itu bukan garisan penamat yang merupakan destinasi tetapi ibarat chekpoint yang berkehendakan kita meneruskan perjalanan" Renungkanlah...~

Waallahu'alam~

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates