Review Anatomy of Heart
Heart, jantung (bahasa melayu sarawak), atau dalam bahasa iban, tungkul ati. Ini adalah sebagai bahan ulangkajiku. Bilakah keseriusan dalam study akan datang? Bilakah? [Sedang study, blog ini seakan-akan memanggilku untuk menaip di sini. Hehe..]
Ada matlamat yang perlu dilaksanakan sebelum tamat riwayat hidupku. Mencapai matlamat atau syahid di perjalanan menuju matlamat [Hassan al-Banna], aturanNya itu yang terbaik. Semoga keindahan tawakal kepadaMu pengubat hati yang gundah gulana. [Gundah gulanakah hatiku di kala ini? Tidak, alhamdulillah] Sesungguhnya hati mu'min itu damai, tiada apa yang dapat menjadikannya berkeluh kesah kerana pegangan teguhnya pada janji ALLAH, tidak pernah diragui.
Kepada sahabat-sahabat yang sedang cuti semester sekarang, SELAMAT BERCUTI! Semoga masa yang terluang diisi dengan kegiatan dan aktiviti yang berfaedah untuk diri dan orang lain, InsyaALLAH.
Kepada adik-adik di SMK Wangsa Maju 2 dan SMK Sungai Pusu, Adik Hidayati, Adik Najwa, SELAMAT BERJUANG! Kelak kejayaan menunggu adik-adik semua dihujung pengembaraan menimba ilmu, InsyaALLAH. Melangkah tanpa henti, kelak ditemui permata yang dicari :)
Ada sebuah hadith yang dikira molek dikongsikan bersama. Renung-renungkan dan selamat bermujahadah :) sokmo [senyuman bukan sekadar sedekah tetapi juga sebagai refleksi ketenangan jiwa]
"Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan"Waallahu'alam.
Kemuliaan akhlak adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah buah kepada keimanan.
Rasulullah pernah ditanya tentang apa itu agama. Baginda menjawab: Kemuliaan akhlak (Husnul khalq). Apabila ditanya apa itu kejahatan, baginda menjawab: Akhlak yang jelik (Su'ul khalq)
Sumber: Apa Ertinya Saya Menganut Islam - Fathi Yakan
Tiba-tiba terkenangkan kenangan terindah di Kolej Matrikulasi Perak (2007/2008). Indah, tersangat indah. Kini, ku hilang jejak segelintir sahabatku. Di mana kalian? Walaupun di mana kalian berada, semoga berjaya dunia akhirat. Ukhwah fillah abadan abadaa..
18/11/2009 Semai dunia, tuai akhirat. Selamat beramal! Menghitung hari..moga tercapai impian, matlamat terlaksana, InsyaALLAH :)
0 Buah fikiran:
Post a Comment