Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, March 31, 2009

Mainan..Fokus pada MATLAMAT akhirnya

Assalamualaikum

31/3/2009, SELASA, 1:54pm

Petang ni kelas ditundakan..Dapat revise untuk practical esok. Tapi sempat lg menaip kat sini..Hehe. Alhamdulillah baru lepas menghayati kalamullah selepas solat zohor. Surah al-Anbiyaa' ayat 16-17 yang bermaksud:

Dan tidaklah Kami jadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya sebagai mainan (16) Jika sekiranya Kami hendak mengadakan permainan, nescaya Kami adakan dari sisi Kami, jika Kami membuatnya (17)

Kalamullah tidak pernah meninggalkan kata2 dusta. Dunia hanya sementara, perantara untuk ke SANA. Hidup bukan mainan..Jika sedang kita leka 'bermain' ALLAH tarik nyawa kita, kemudian dihitung segala amalan..Ada ganjaran untuk amalan kita??! (Bukan disini jawapannya..Soal diri kalian?) ALLAH kurniakan akal untuk berfikir..Maka berfikirlah~

Surah ad-Dzariyat, ayat 56:

Tidaklah Aku menjadikan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka menyembah kepadaKu (56)

Jangan deras arus dunia melekakan kita, indah dunia, semua kan tergoda..Hanya iman dapat mengatasi segalanya menewas nafsu dan syaitan dalam diri. Fokus pada matlamat akhirnya. Semoga kelak ALLAH merahmati kehidupanmu didunia, InsyaALLAH =) Nak sambung kerja..ALLAH memandang pada usaha kita, bukan hasilnya semata-mata. Waallahu'alam =)

**Buat diri sendiri paling utama. Bersama ingat-mengingatkan~

4 Buah fikiran:

atikah said...

salamun alayk

amal! hee suke entry ni.. ringkas tepat dan padat ^_____^

teruskan menulis.. terus menjadi inspirasi!

syg amal..

amal athirah said...

salam'alaik

=) lebarnya senyuman..hehe
insyaALLAH akan terus menulis..
insyaALLAH akan berkongsi apa yg ada..rajin2 la jenguk blog amal yg x seberapa ni eh..syg atikah!!

farahinrazali said...

assalamualaikum ya sahabati...
wa..rajin la amal ni..truskan usaha,sama2 la kite saling memperingati...
ukuwah fillah abadan abada...

amal athirah said...

wa'alaikumussalam..
farahin aka pain..akhirnya jejak juga di blog amal ni ye..hehe
insyaALLAH saling ingat mengingati..jgn lagho2 taw..hehe =)

ukhwah fillah abadan abadaa~

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates