Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, November 30, 2012

Anak Solehah

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Sedang berborak dengan kakak yang sangat disayangi kerana Allah, maka khas ANAK SOLEHAH ini aku tujukan pada beliau. Juga pada kakak-kakak, sahabiah-sahabiah dan tidak lupa adik-adik yang disayangi kerana Allah.

 

ANAK SOLEHAH itu bukan pada nama, bukan pada perkataannya semata-mata tetapi ia lebih daripada itu. Anak solehah itu taat pada Penciptanya, juga pada kedua ibu-bapanya. Bukan susah hendak jadi anak solehah ni, dan dalam masa yang sama bukan senang juga untuk merealisasikannya.

Bukan senang di sini bermaksud ia merupakan satu amanah yang semestinya bukan ringan, ia penuh dengan cabaran yang perlu ditempuh. Anak solehah itu tiada pingatnya di dunia. Namun, InsyaAllah di akhirat nanti pingat daripada Allah itu yang kita damba-dambakan.

Ayuh, berusaha ke arah SOLEHAH.
Semoga ada redha Allah yang sama-sama akan kita bawa ke SANA.
InsyaAllah.


ANAK SOLEHAH,
Harta berharga buat seisi dunia,
Memberi sinar bahagia buat ibunda dan ayahanda tercinta,
Kecintaan pada-Nya jadi puncak pengabdian,
Patuh dan taat dalam hidup sebagai hamba yang berTuhan,

ANAK SOLEHAH,
Senyuman mengisi ruang lingkup takhta bahagia,
Tangisan dipelihara, terlindung tidak kelihatan,
Namun senyum dan tangis itu fitrah manusia,
Manusia yang punya hati, ada asal-usulnya,
Manusia yang sentiasa bergerak, berjalan ke arah kebaikan,

ANAK SOLEHAH,
Pingat daripada Allah buat si ibunda dan ayahanda,
Hadiah istimewa menghibur hati yang lara,
Anugerah buat dunia untuk pudar sinarnya,
Kurnia sementara sebagai penggerak di dunia,

ANAK SOLEHAH,
Usah bersedih dengan urusan duniamu,
Tetapi risaulah pada urusan akhiratmu di dunia ini,
Urusan yang punya matlamat di akhirnya,
InsyaAllah hanya bermatlamatkan SATU!

ANAK SOLEHAH,
Andai kali ini dikau jatuh,
Bangkitlah dengan senyuman beserta keyakinan,
Yakin bahawa aturan perjalanan itu ada jatuh bangunnya,
Yakin bahawa setiap aturan itu ada dalam pengetahuanNya,

ANAK SOLEHAH,
Tugasmu bukan sampai di sini,
Amanahmu bukan hanya setakat ini,
Bergerak maju usah lesu,
InsyaAllah Penciptamu menanti untuk bertemu,
Insan HEBAT DUNIA, TAQWA AKHIRAT.

InsyaAllah.

Sayang dalam dakapan ukhwah fillah.

"Akak, sila kuat......Aturan Allah itu sentiasa yang terbaik."
InsyaAllah, saya sayang kakak-kakak, sahabiah, adik-adik saya.

Saturday, November 24, 2012

Dah Dekat

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Alhamdulillah, masih bernafas.
Alhamdulillah, masih mampu bergerak.
Alhamdulillah, masih mampu berkata-kata.

Namun sejauh mana kita syukuri nikmat-Nya yang tidak terhingga ini?
Tunduk, nampak tanah, baru sedar.
Hidup ini akan kembali kepada Penciptanya.

Nak sembunyikan nafas?
Nak kakukan pergerakan?
Nak bisukan daripada berkata-kata?

Rasa-rasa boleh lari ke?

OK rasanya diri semakin nakal sekarang. Sana-sini mengusik orang, tetapi gembira lihat orang lain gembira. Gembira tengok orang dalam kesedihan mengukir senyuman di wajah. Jaga hati manusia, moga Allah sentiasa menjaga hati kita. Peringatan buat diri sendiri juga lebih-lebih lagi.

Dah dekat.

Bila sebut perihal dah dekat, KEMATIAN itu pasti tergambar. Belum pasti apa yang kita rancang esok akan terlaksana, semua dengan izin-Nya. Belum tentu perancangan kita selama setahun ini akan terjadi seperti apa yang telah dirancang, segalanya dengan keizinan Yang Maha Menciptakan.

Dah dekat. Semakin dekat, semakin rasa tanggungjawab itu semakin berat. Amanah beratur untuk dilaksanakan sebaiknya. Sedangkan diri masih terus leka, tidak telus dalam pengabdian. Salah siapa? Salah diri sendiri yang tidak usaha untuk fokus.

Kita salahkan persekitaran.
Kita salahkan sahabat.
Kita salahkan keluarga.

Tidak perlu salahkan sesiapa.
Malah, tidak perlu salahkan diri sendiri juga.
Lihatlah ke dalam diri sendiri.

In shaa Allah akan kita jumpa puncanya.

Dah dekat. Matlamat biar SATU. Ya, hidup bermatlamatkan SATU.
In shaa Allah.

Dah dekat. Moga Allah sentiasa memberi diri kekuatan untuk perbaiki diri sedikit demi sedikit. Moga istiqamah dalam pembaikan. In shaa Allah. Mahu menjadi tulang belakang, kena kuatkan tulang belakang sendiri dahulu. Diri sendiri pun sering sakit-sakit belakang, macam mana nak jadi tulang belakang orang kan. Apa tidaknya, tidur merata-rata, daripada atas kerusi, meja, lantai, sofa dan seangkatan dengannya.

In shaa Allah. Nak jadi tulang belakang AGAMA.
Dah dekat, moga kita dimatikan dalam HUSNUL KHATIMAH.
Amin ya Rabb...Menanti jemputan bahagia Ilahi biar dengan amalan yang tip top.
In shaa Allah, JOM sama-sama baiki.

Waallahu'alam.

In shaa Allah esok bakal meluncur dengan si Abyadh ke Kota Samarahan.
:) CINTA DARI HATI!

 

24/11/2012 Dah dekat. Kena selalu beringat tawakkal itu biar lebih 100% melebihi tawakkal seorang bayi di dalam kandungan ibunya yang meletakkan 100% kepada Penciptanya dengan nasib hidupnya nanti, sama dilahirkan, atau digugurkan.

:)
 

Sunday, November 18, 2012

Mana kita?

Ya ALLAH...
Sebak membaca berita saudara kita di sana.
Adakah cukup sekadar SEBAK?
Cukupkah hanya sekadar mengalirkan air mata.
Itulah LEMAH nya kita.
Tidak mampu berbuat apa-apa.

Walaupun dalam situasi cemas itu,
Mereka DI SANA tidak pernah melupakan ALLAH?
KITA?
Dimana kita letak ALLAH sebagai Penguasa langit dan bumi?
DIMANA?

Mungkin kita tidak dapat berada di sana bersama mereka.
TETAPI mereka saudara kita, kirimkanlah doa buat mereka.
DOA kita PENGUAT buat mereka.
DOA itu tanda kasih dan sayang kita kepada mereka.

Yang PASTI,
ALLAH sekali-kali tdak akan meninggalkan mereka.
ALLAH sentiasa bersama-sama mereka.
In shaa ALLAH.
Kita tidak akan pernah kalah.

NAMUN ramai kita sudah kalah sejak awal lagi. Kalah tanpa perlu berperang, kalah tanpa perlu mengerah tenaga untuk mempertahankan agama. Kita KALAH dengan tipu daya dunia. KALAH dengan hiburan yang melalaikan, KALAH dengan agenda materialistik.

Itu LEMAH nya kita.

Ubahlah mana yang mampu, bukan untuk kebaikan orang lain. TETAPI untuk diri kita sendiri, juga terutama buat ISLAM. In shaa ALLAH. Bina kekuatan ke arah itu dan carilah jalan itu. Jangan pernah berhenti. In shaa ALLAH.


Sekadar perkongsian kata-kata semangat, ketuk diri supaya sentiasa berada dalam keadaan sedar. In shaa ALLAH. Basahkan pipi itu, basahkan hati supaya ia tidak dibiarkan kering kontang. In shaa ALLAH.

"Musuh-musuh ISLAM berusaha untuk mengurangi jumlah umat Islam, akan tetapi alam malah berbalik, justeru jumlah umat Islam setiap hari bertambah. Israel ingin menghinakan umat Islam dengan segala macam cara dan berbagai senjata, akan tetapi tidak mungkin umat ini akan jatuh selamanya, iaitu umat Muhammad yang siap berperang di jalan Allah." ungkap Syeikh Yusuf Al-Qardhawi.

"Bangsa Israel yang terkutuk melakukan kedzaliman kepada saudara-saudara kita di Gaza. Wahai bangsa Israel, sesungguhnya di depanmu ada umat yang besar sebagai umat yang satu, satu barisan, yang disatukan oleh Islam, dan disatukan oleh Muhammad SAW."

 "Kita melihat ketika ibadah haji seluruh warna dan jenis berkumpul, dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah adalah penciptaan langit dan bumi, tidak akan jatuh umat ini di hadapan kesombongan Israel, dialah umat Al-Qur’an dan umat Islam, dan ini adalah panggilan besar untuk umat islam iaitu dakwah yang tidak ada keraguan di dalamnya, maka kami mengajak seluruh dunia bebaskanlah diri kalian dari menyembah hawa nafsu, dan dari menyembah selain Allah swt, dan menyembah manusia satu sama lain, wahai ahli kitab mari kita bersatu!"

"Ini adalah dakwah untuk umat manusia seluruhnya, untuk saudara kita di Mesir, dan seluruh dunia, karana kita menganggap seluruh dunia ini adalah saudara bagi yang lain kecuali yang membusungkan dada dan mengikuti kemahuan syaitan." demikian seruan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi.

Bangunlah daripada lena.
Bangunlah dengan rasa tanggungjawab.

In shaa ALLAH.

JOM kuatkan DOA kita kepada mereka.
In shaa ALLAH.

>

Waallahu'alam.

18/11/2012 Jom gerak! Gerakkan hati sebelum ia mati. 1234, moga ini lebih mematangkan. Kita punya tanggungjawab yang amat besar. In shaa Allah kita usahakan amanah ini sebaiknya.
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates