Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, May 30, 2008

Nasihat Imam Al-Ghazali

Assalamualaikum~

Jumpa lagi buat sahabat2 yang mengenali dan salam ta'aruf buat kawan2 yang mengunjungi blog nih..Entry kali ni nak berpesan-pesan akan nasihat Imam Al-Ghazali. Pintu-pintu syaitan masuk ke dalam hati :

1. Pintu marah dan syahwat.
2. Hasad dengki dan tamakkan keduniaan.
3. Kekenyangan makanan.
4. Kegemaran menghias diri dan rumahtangga.
5. Keinginan mengampu.
6. Gopoh dan tidak menyelidiki terlebih dahulu.
7. Harta dan wang ringgit.
8. Lokek dan takutkan kemiskinan.
9. Keterlaluan fanatik dan taksub kpd mazhab serta mendendam dan menghina.
10. Perbuatan memikir tentang zat dan sifat2 Allah dan perkara2 tanpa ilmu pengetahuan dan
di luar aqal fikiran.
11. Sangkaan buruk sesama kaum muslimin.

Rujukan:
Himpunan nasihat tokoh2 Islam sedunia oleh Zabidi Hj. Nawawi.

Cuba teliti satu per satu..mgkin lebih daripada satu ada dalam diri kita.Pasti akan kan? Jangan dinafikan sesuatu yang jelas. Jelas?? Ha! Maknanya ia boleh dibendung..pasti boleh. Peringatan buat diri sendiri juga..terutama bab makan tu =D Dalam peningkatan usia ni, kadangkala kita mudah alpa, lupa, lalai..kisah itu, kisah ini. Mari bersama kita perbaiki diri. Cuti o0o0 cuti, bila akan berakhir?? Tapi dalam masa yang sama, kalau boleh nk bawa mama sama2 study..hu3 tapi demi mama juga, amal pergi menuntut ilmu~ love u, mama!!!

Tuntutlah ilmu sampai ke hembusan nafas terakhir. Terngiang2 kata arwah ayahanda tercinta, "Try till you succeed" Ni msg yang pernah babah hantar =) "Belajar bersungguh-sungguh, biar dapat NO.1" Ingat selalu (dekat di hati...) Ni ada firman ALLAH yang saya kira dapat dimanfaatkan bersama =D

(Surah Al-Hijr : Ayat 99)

Maksudnya : dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang beriman. (Surah Al-I'mran : Ayat 139)

"Usah lemah dalam perjuangan, carilah kekuatan menghadapi semua ini dengan mendakapi iman di dada"

Waallahua'lam~

Wednesday, May 28, 2008

Ceritera Pagi Hari

Assalamualaikum wbt ~~(@)

Rasulullah SAW bersabda : "Takutlah ghibah(mengumpat). Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah(mengumpat) sebelum orang yang diumpat memaafkannya"

Hari ni nak berkongsi hadith yang dihantar oleh seorang sahabat YM, starish_as =) Syukran'alaik, ya ukht..sekurang2nya bila diletakkan disini, ia dapat menjadi panduan kepada kalian semua, insyaALLAH. Kadangkala, kita tidak boleh lari dari mengumpat kerana mungkin terlepas pandang atau sebagainya. Tetapi, kita mampu kawal diri kita daripada melakukannya. Jadikan istighfar sebagai benteng pertahan sementara diri. Waallahua'lam~

Semalam tamatnya riwayat Ayat-ayat Cinta The Movie, akhirnya..bisa juga ku abisin ceritera ini..he3 =D definitely same with da novel! Best la jugak..cuma kita dah tahu jalan ceritanya. Dah tahu penghabisannya. Hm, let's relate it! Adakah hidup ini kita tahu penghujungnya bila? Tidak tahu kan..Maka apa yang perlu kita lakukan? Kita perlu tamatkan kisah hidup ini dengan perkara2 yang manfaat, yang membawa kepada redha ALLAH. Biarlah 'ending'nya menggembirakan dan bukan menyeksakan. Faham kan? Fikir2kan lah~ (student sastera pn insyaALLAH, sure bleh phm kan..)

Hati batu? Adakah diri ini si hati batu? Uish, kata2 itu sebagai doa, nauzubillah min zalik. But mybe in certain part we must be..Biarlah, batu pun berguna kan..leh digunakan utk mempertahankan diri, hidupkan api didalam hutan. Tetapi sampai bila hati ini akan seperti batu..not sure for this. Wait n see..Siapa mampu bertahan, maka mampu baginya menghadapi kebal, keras dan dapat memecahkan batu ini. Ish, dah mula dah, berfalsafah pagi2 ni agak menggembirakan!

Pagi ni, sempat buatkan spaghetti utk abg2 yang hendak memulakan hari2 mereka. Sedap ke tak, abg ejat? Ok tak spaghetti tu, abg a? Sedap....(hu3, jawab sendiri la nampaknya) Get ready for the lunch! Wah, berwarna-warni eh..warna-warna kehidupan (",)

Monday, May 26, 2008

New-Look..Just the banner

Assalamualaikum~

Sekian kali, amal athirah menulis lagi..there's the new banner for my main blog. Baru je buat, masa yg dperuntukan x lama sgt (mybe...) ni di ibaratkn sbg second edition cz sblum ni dah buat utk makrifatulme.blogdrive..Bagilah komen apa yang patut. Hm, Juz nk share kata2 nih:

"Orang yang baik, bukanlah orang yang tak pernah melakukan kesilapan tetapi mereka adalah orang yang apabila melakukan sesuatu kesalahan, dia segera sedar dan berhenti melakukannya, kembali ke jalanNYA"

Tetapi, alangkah sedihnya, zaman ini..baik atau sebaliknya seseorang itu dilihat dan dinilai dari paras rupa, dr pandangan pertama..Jika bpakaian baik, maka baiklah org itu, jika sblknya..anda yang tentukan? Betulkah begitu? Sedarkah kita? Kadangkala kita tidak memberi peluang kepada mereka yang inginkan perubahan ke arah kebenaran. Sedangkan pintu maghfirah ALLAH itu sangat luas, sesiapa sahaja boleh berubah asalkan ada kemahuan. Pintu keampunanNya lebih luas daripada dosa2 yang pernah kita lakukan. Ubah perspektif diri ke arah yang lbh baik, dalam mencari redha ALLAH. InsyaALLAH~

Ni adalah sedutan perbualan dalam ym dengan seorang kawan di matrikulasi..Di suatu petang (petang tadi..)

(perbualan dijalankan tanpa mulut berkata2, hanya tangan yang bbicara)

cutter_xx : result cmna? bape??

amal_89z : alhamdulillah, biase2 aje. Adk la gtau dlu cz dlu akk yang gtau dlu. dpt bape?

cutter_xx : dlu adk yg gtau dlu.

cutter_xx : result trial SPM, result SPM, result sem1. Skrg akk gtau dlu.

amal_89z : mana ade..akk yg slalu gtau dlu.

cutter_xx : adk yg slalu gtau dlu.

(pergelutan berlaku tanpa melibatkan apa2 aksi dan tinbak balas berbalik)

amal_89z : 3.XXXXXXX ke?

cutter_xx : a'ah la tu..akk?

amal_89z : yela2, akk gtau. akk dpt 3.XX (sensor nih..he3) alhamdulillah..

amal_89z : result adk kira okla tuh. Congratez!

(perbualan diteruskan lagi...lagi...lagi)

amal_89z : .............................................(akan di isi kemudian)

cutter_xx : biasela dak pandai..

amal_89z : ish..biase2 aje la =) dia tu yg pandai..apply petronas plk tu

cutter_xx : mne ade..klau pandai, dah dpt 4 flat

amal_89z : x smstinya org pandai kne dapat 4flat. Pandai x pndai kita ditentukan 5 thn akan dtg (insyaALLAH) siapa kita pada masa tu..

cutter_xx : btul kak

** The moral of the story is never give up with ur life, bcause it might be changed if you really want to change it, willing to take risk. Dalam menuntut ilmu tu, dakwah dan tarbiyyah jangan dilupakan. Biarlah kedua2nya seiring mengikut arus..(kerjasama antara arus elektrik dgn bahan kimia, menghasilkan suatu tenaga yang dapat melakukan perubahan - wpun blainan cas, amazing!) Pandai atau tidak itu tidak penting, kita serupa..Semua mampu mengecapi kejayaan. Ayuh lakukan perubahan. Asalkan ada usaha, doa dan tawakal kepada ALLAH, insyaALLAH jaya menanti kalian!

Salah dan silap harap diteguri kerana segala kekurangan itu datangnya dari kelemahan diri ini. Ambillah segala kebaikan yang ada. Waallahua'lam~

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates