Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, April 29, 2008

Life For A Year - Part II

Salam'alaik..

Hari ni nak sambung kisah hidupku di matriks..tp lebih kepada umum actually. Intro dah habaq..ape ag? Hm, talk about study at matrix.Nak tak nak mmg akan rasa susah, putus asa, sedih, penat, keluh kesah (tp perasaan ni ada hanya pada mereka benar2 ingin bjaya..jika tidak, maka sebaliknya) nway, pe2 pun
always remember ALLAH. "Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH, hati akan mnjadi tenang".

Bagi saya, nak belajar, cuba cari kelainan (x best kalau guna skill yang sama, tp tpulang pada individutu sendiri..) tp takde la kelainan sangat..asalkn kita rasa seronok semasa menuntut ilmu, itu sudah memadai.

Pensyarah? Alhamdulillah, suma baik2..tp sekiranya kalian dapat lecturer yang sebaliknya. Cuba lihat dari sudut yang positif. Setiap orang ada kelebihan dan kelemaan. So, gunakan kelebihan yang pensyarah tu ada. Sesuaikan diri dengan bijak k =)

Ni subjek di matrix :


  • Biology (SB 027) -- pelajar sains hayat
  • Physics (SF 027) -- pelajar sains fizikal
  • Chemistry (SK 027)
  • Mathematics (QM 026)
  • Akaun -- pelajar akaun
  • Ekonomi -- pelajar akaun
  • Perniagaan -- pelajar akaun
  • Kemahiran Dinamika (salah satu semester)
  • Ko-kurikulum (salah satu semester)
  • Sains Infomatik (salah satu semester)
  • English (get ready 4 MUET yeh..)

Jika dibandingkan sem1 dgn sem2, sem2 bagi menarik bagi pelajar sains hayat utk subjek biology n chemistry but not for maths =D Ni antara perkataan yang best dalam subjek bio :

  • Ginkgo biloba
  • Gnetum gnemon (mcm adik beradk pokemon kan...?)
  • Anthrocerotae

Perkataan ka atas ni saje je tulis..kenangan. Suka sebut..hu3. Study smart pray hard..Jangan sesekali putus asa. Menangislah jika perlu..kerap menangis pun x baik utk kesihatan. Rajinkan diri anda utk buat temu janji dgn pensyarah k =D

Untuk cerita ttg kenangan, tgu entry akan datang..EDISI KHAS KENANGAN (episod terakhir..) Kalau nak tahu apa2, tanya aje..InsyaALLAH, kongsi pengalaman dan ilmu yang ada (datangkan kepuasan dalam diri). Gambar2 ni adalah benar2 belaka..he3. Usaha..usaha..usaha! Maybe extra episod for the tips for managing ur tyme at matrix =) InsyaALLAH~

Be continue..

Life For A Year (Part I --> INTRO)

Assalamualaikum =) mulakan dengan senyuman~

15 Mei 2007 : Pendaftaran di KOLEJ MATRIKULASI PERAK. Inilah kali pertama menjejakkan kaki di sini. Amat asing sekali. Inilah kali pertama tinggal di asrama kerana sebelum ni saya hanyalah seorang pelajar harian di sebuah sekolah di gombak =) Jam 5 pagi, mula mengemaskan barang2 keperluan ke dlm kereta..(kena sampai awal, nnt sure traffic jam..kalah kat KL..he3) Dihantar oleh babah & mama (aku datang dgn penuh harapan, akan ku capai cita2ku, insya-ALLAH)

15-21 Mei 2007 : Orientasi (argh..x cukup rehat) Ingat! Hidup ini bukan utk bsenang-lenang =) letih..usah dbincg ttg mandi, baju..ala-kadar aje (huhu..bucuk bacin) Seminggu je. Kakak facy pun baik2..(Nak jadi ajko bg sesi 2008/2009 tp..dah PENUH)

Nak cerita semua mmg panjang wpun hanya setahun di sana. KOLEJ MATRIKULASI PERAK (juga umum bagi semua kolej matrikulasi) Apa tu matriks?? :
  • TOUGH !!! (adik2, sahut cabaran ni!)
  • Study..Study..Study (S.M.A.R.T --> boleh main tp slalu beringat)
  • IKHTIAR+DOA+TAWAKAL --> KEJAYAAN (equation terbaik dimatrik)
  • Manage ur time please..~
  • Mengantuk (lebih2 lagi dlm LH)
  • Be a different (depends on that individual)
  • Tekad and ILTIZAM (bantu istiqamah dalam menuntut ilmu..)
  • Ukhwah dan Tarbiyyah (addeen perlu diutamakan, jangan lupa ye adik2)

Mula2 masuk mmg ZERO kawan. Kawan di SMK Sg Pusu ramai ke KMM & KMNS..Sorg aje tcampak di Bumi KMPk nih (seram gak mula2..mcm mana nih?) Tapi buat2 cm ok je..gunakan masa tluang sebaik mungkin! Mmg x biasa..tapi alhamdulillah, dpt adapt dgn environment kat cni =D TB22 --> itulah kump tutorku..hu3.

Image Hosted by ImageShack.us

"Jadilah seperti biji benih, dicampak ke laut menjadi pulau, dibuang ke daratan menjadi gunung". Biarlah dimana kita berada, asalkan ada ilmu didada dan pandai mbiasakan diri, tiada masalah berada dimana jua, InsyaALLAH~

Cukuplah dulu eh..dah lewat pagi nih (jam 2.22 pagi..) Hidup di matriks ni mmg menarik! Banyak suka n duka..Itulah asam garam kehidupan =)

Be continue...

Saturday, April 26, 2008

1 Perkara O_O

Assalamualaikum..

Aktiviti best hari ni : Buat kek batik (yeye..menjadi! Kalau x, sure kene perli dgn mama) Bilik dah 80% kemas..kena tukar posisi katil plk (tarik...tolak) esok jela =)

'SOLAT itu adalah tiang agama'..tanpa tiang? runtuh? definitely..ISLAM runtuh? definitely NOT..never! ISLAM sentiasa gemilang dimata dunia..Sudahkah kalian lupa? Suatu ketika dulu ISLAM pernah takluki dunia, kuasa besar. Cuma Umat Muhammad..anda yang menentukan turun naiknya agama kita..Ya Umat Muhammad, bangkitlah, usah tunggu hari esok.



Disini ada 1 perkara, yang kadangkala menjadi persoalan dalam benak kita :

  1. Adakah lutut atau tangan yang perlu mencecah tanah terlebih dahulu semasa turun sujud?
  • Banyak pendapat mengenai perkara ini. Lain mazhab, lain pendapat. Imam Malik, Imam al-Awza'ie, Imam Ahmad dan ramai ahli hadis menyokong tangan diletakkan dahulu sebelum lutut. Berdasarkan hadis :

"Nabi S.A.W meletakkan kedua2 tangannya ke bumi sebelum dua lututnya"

(Riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Dar Qutni)

  • Manakala, Imam Syafi'e dan mazhab syafi'e mengutamakan lutut dahulu sebelum tangan. Ibn Munzir berkata ia juga pandangan Umar al-Khattab, Sufyan al-Thawry, Ahmad, Ishak Rahawaih dan mazhab Hanafi.
  • Ibn Qayyim menguatkan hujahnya dengan menjelaskan bahawa unta apabila ingin turun, ia meletakkan tangannya dahulu, dan kakinya kekal berdiri dan apabila ia bangkit, ia akan bangkit dengan kakinya dahulu. Inilah yang dilarang oleh Rasulullah dan kita diperintahkan untuk menyalahi (melakukan sebaliknya..) unta tadi.

Majoriti mazhab berfatwa untuk mendahulukan lutut adalah sunah, kemudian tangan, dahi dan hidung. Apabila ingin bangkit, tangan dahulu kemudian lutut. (sumber: Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu - Dr. Wahbah Az-Zuhayli)

Waallahu'alam --(@)-- Sumber : Formula Solat Sempurna (Ustaz Zaharuddin Abd Rahman)

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates