Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, February 16, 2012

Kakak!

Segala puji bagi Allah menjadikan alam ini sebaik-baik kejadian buat hambaNya yang cukup istimewa, untuk ditatapi agar selalu ingat padaNya. Tetapi ingatkah? Cuba bayangkan kita hanya hamba tetapi layanan buat kita sangat-sangat isitimewa. Itu pun masih tidak mahu berterima kasih?

Banyakkan muhasabah diri.

Andai terleka, cepat-cepat patah balik ke matlamat asal. Andai terlupa, cepat-cepat ingatkan diri sendiri. Macam mana? Lihat sahaja alam sekeliling, ataupun yang paling mudah LIHATLAH DIRIMU SENDIRI, tidak malukah berbangga dengan dunia sedangkan status kita cuma hamba? Hamba yang sangat-sangat istimewa dianugerahkan segala nikmat, nafas, anggota badan beserta deria yang hebat dan pelbagai lagi.

Banyakkan muhasabah diri.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Firman Allah yang bermaksud: "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

Allah berfirman lagi, "Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)."

Alhamdulillah, berakhir peperiksaan final posting, surgery. InsyaAllah next step bakal pulang ke pangkuan keluarga, InsyaAllah dalam masa terdekat. Surgery posting, banyak berjalan-jalan di ward, lihat-lihat sambil perhati-perhati dan belajar.

Belajar untuk dunia kini dan selepasnya,
Belajar untuk menCIPTA JALAN PULANG yang TERBAIK.
InsyaAllah.

Dalam banyak-banyak perkara yang terjadi, tersemat satu kisah yang sangat-sangat berharga. Sangat-sangat berharga sehingga membuatkan diri terSEDAR dan dengan kudrat kurniaanNya akan terus berusaha semampunya untuk menyempurnakan amanah itu.

Kisah yang sangat berharga;


Pada suatu hari, sambil jalan-jalan di ward dengan lab coat putihnya bersama seorang teman seperjuangan, bergerak belajar apa yang ada dihadapan mata, terdengar satu panggilan:

"Kakak! Kakak!"

Terasa panggilan itu sangat-sangat dekat. Kami toleh ke belakang.

"Kakak!"

Rupa-rupanya panggilan daripada dua orang anak kecil berbaju melayu, barangkali baru sahaja pulang daripada solat Jumaat. Umur mereka dalam lingkungan 3-4 tahun. Daripada jauh macam kembar, datang dekat-dekat ternyata seorang kecil sedikit. Mereka sedang melawat ibu mereka.

Sangat-sangat comel!

Datang mendekati mereka, sempat bersalam-salam lagi.
Lalu, si kecil itu menunjukkan seliparnya.

"Kakak, ni E bird!

Dalam hatiku, "E bird? Apakah?"

Sekali tengok, ANGRY BIRD, tersenyum memanjang.

Abangnya pun sama, menunjukkan seliparnya.

"Kakak, ni Ben-10!"

Dalam hatiku, "Aduhai, comelnya."

Lalu mereka berlari-lari, berpusing-pusing dalam ward.
Kami meneruskan tugas kami untuk mendekati pesakit dan bertanya-tanya perihal penyakit mereka. Selepas selesai, kami berjalan keluar daripada ward. Sewaktu berjalan keluar, terdengar suara yang sama, daripada dua orang si kecil itu.

"Bye bye doktor!"

"Bye bye doktor!"

Tersentak dengar perkataan itu, perkataan yang diiringi tangungjawab dan amanah yang sangat-sangat berat. Perkataan yang datang bersama satu matlamat yang jelas dan niat yang betul.

Dalam hati kami berdua, "Doktor? Ya Allah..."
Adik-adik comel, InsyaAllah KAKAK akan berusaha menjadi doktor yang baik.
Terima kasih sebab sedarkan KAKAK.

Setiap bidang itu punya fungsi, juga peranan yang sangat-sangat besar. Jangan kita anggap remeh, jangan kita pandang rendah. Bukan doktor, guru, jurutera sahaja yang punya peranan, tetapi KITA SEMUA punya peranan.

Peranan itu perlu digerakkan.
Fungsi itu perlu menjana momentum.

Penjaga di stesen minyak,
Jurujual di pasar raya,
Pemandu bas awam,

Mereka juga punya fungsi!

Sedar, apa sahaja fungsi kita, MATLAMAT akhir kita tetap sama.
Pelihara diri untuk terus rendah hati, bukan membangga diri.

Jadi manusia yang berfungsi, ada guna.
Gerakkan fungsi itu. Perlu bergerak untuk berfungsi dengan baik.
Bergerak dengan fungsi!

Moga terus bergerak dan berfungsi!
Sehingga ke akhir waktu, InsyaAllah.

InsyaAllah.
Waallahu'alam.

16/2/2012 Allahu yusahhil, InsyaAllah

Baca-baca artikel/entri 4 tahun lepas, bahasaku jauh berbeza :) jadi lebih 'dewasa'.

Saturday, February 4, 2012

Cuti 1 M

Assalamu'alaikum wa rahmatullah,

Seminggu yang lalu, ke Terengganu menjelajah dengan tujuan utamanya untuk menghadiri majlis aqiqah Azra Imani binti Kamarulzaman. Sambil menyelam, minum air, hampir seluruh Kuala Terengganu kami jelajah, pastinya tanpa Azra :)

Pantai Chendering, Terengganu.

Indah, subhanAllah hayati sebaiknya ciptaan Allah. Bukan selalu ada peluang dan kesempatan untuk duduk diam-diam lihat ciptaan Allah ini.

Kerana kesibukan dunia, menjadikan kita tiada masa. Sedangkan begitu mudah sebenarnya. Bangun pagi, keluar daripada rumah/hostel/asrama atau mana-mana tempat sekalipun, cuba dongak kepala ke langit. Sedikit dongakan mampu memberi view yang cukup indah!

Pantai chendering, lihat atas lihat bawah, semua indah!
Kenangan, bersama keluarga tersayang :)


Dengan kreativiti, kami memulakan kerja dengan kulit kerang :)
Nice one!

Gambar penuh tersirat, dekat tapi jauh.


Jalan lagi ke Muzium Negeri Terengganu, Masjid Kristal. Saat bersama keluarga itu amat berharga. Kerana apa? Itu adalah satu anugerah, pastinya bukan anugerah biasa-biasa. Anugerah yang sangat-sangat tinggi nilainya, InsyaAllah.

Kerana apa? Kerana hidup ini tidak lama, inilah masa untuk berkasih sayang.

Kerana apa? Kerana pada suatu masa nanti, bakal punya tanggungjawab yang lebih besar, amanah yang lebih berat. Gunakan masa lapang ini untuk merasai indahnya tenang dalam berkasih sayang.

Kerana apa? Kerana selepas ini, rangkaian kasih sayang itu akan bertambah luas. Maka, bahagi-bahagi seadil-adilnya. Sebarkan kasih sayang!

:)


Penat jalan-jalan, sampai masa untuk majlis aqiqah Azra Imani :)

Senyum manis cik adik comel!
Botaklah kepala mu lepas ni :D


Lastly, they complete me!
You complete me either.
InsyaAllah.


Hargai hidup berkasih sayang.
Waallahu'alam.

4/2/2012 Semasa cuti satu minggu (20/1-28/1) --> 1 M

Sedia!



Sedia!

Sesungguhnya sejak lahir lagi kita telah diajar untuk bersedia. Diajar berjalan, berlari , makan, minum dan sebagainya sebagai persiapan diri untuk hidup berdikari pada hari mendatang. Diajar juga macam mana rasa sakit, rasa manis, pahit, masin dan bermacam lagi supaya apabila besar nanti kita tidak lupa rasa-rasa ini walaupun ada di antaranya yang kita tidak suka.

Selebihnya diajar juga, perkataan berlawanan di sekolah, juga perkataan sinonimnya agar nanti kita tidak keliru. Bila besar nanti, tahu membezakan antara kedua-duanya.

Sedia!

Ya, kita diajar semua itu.
Supaya bila dewasa nanti, kita boleh berjalan dengan langkah mencari redha Allah.
Supaya bila dewasa nanti, kita mampu berlari andai kejahatan itu mendekati kita.

Ya, kita diajar semua itu.
Supaya bila dewasa nanti, kita mampu berdikari walaupun di mana kita berada.
Supaya bila dewasa nanti, kita kuat menempuh jalan-jalan dunia sementara.

Ya, kita diajar semua rasa itu.
Supaya bila dewasa nanti, kita tidak terkejut dengan perubahan rasa-rasa dunia.
Supaya bila dewasa nanti, kita mampu bertahan dengan 'rasa-rasa' yang tidak sedap itu.

Ya, kita diajar untuk membezakan itu dan ini,
Supaya bila dewasa nanti, kita tahu memilih jalan redha atau jalan murka.
Supaya bila dewasa nanti, kita mampu membuat keputusan, teruskan atau sebaliknya.

Kita asalnya sudah diajar untuk bersedia.
Sedia!

Sedia!

Sedia menghadapi liku-liku hidup yang tidak dapat diduga kerana semua dalam aturanNya, bukan dalam pengetahuan manusia. Bersedia untuk jatuh dan bangkit semula, walaupun hakikatnya sukar tetapi sampai bila kita mahu tersungkur? Biarpun tersungkur berulang kali, jangan lupa untuk bangun.

Yang penting adalah BANGUN,
Bukan berapa banyak kali kita tersungkur jatuh.

Yang penting adalah CARA BANGKIT SEMULA,
Bukan bagaimana cara kita jatuh tersungkur.

Sedia!

Sedia untuk hadapi nikmat Allah dengan setinggi-tinggi kesyukuran, bukan lupa atau alpa. Bukan leka hingga lupa hidup ini ada titik akhirnya.

Nak dapat bahagia nikmat itu pun kena sedia?

Mesti sedia!

Supaya kita tidak lupa untuk jadi hamba yang berterima kasih kepada Pemberi segala nikmat dan anugerah. Bukan suatu yang susah, semuanya sudah diajar. Bersungguh melakukan perintahNya dan jauhi segala laranganNya sejauh-jauhnya.

Sedia!



Sedia hadapi alam menuntut ilmu ini. Menuntut ilmu Tuhan yang tidak terbanding dengan luas lautan. Bersedia dengan niat yang lurus, tajdid niat sekerapnya. Bersedia mendalami ilmu itu sedalam-dalamnya. Moga-moga dengan ilmu itu dapat mendekatkan diri kita kepada Pencipta, bukan sebaliknya.

Nak study sejauh mana? Master? PhD?

Biar sejauh-jauhnya, asalkan semakin dekat denganNya.
Dekat dan dekat.

"Sila sambung belajar."
"Kena sambung belajar."


:)

Biarpun sejauh mana kita belajar, setinggi mana peringkatnya, namun perlu beringat bahawa ilmu itu milik Allah, tiada apa yang perlu dibanggakan melainkan rasa rendah diri untuk menghadap Ilahi kelak. InsyaAllah, ciptalah 'jalan pulang' yang terbaik dengan persembahan yang cukup-cukup hebat. SubhanAllah.

Sedia!

Bersedia untuk hadapi alam pekerjaan, yang dijangka memerlukan sangat banyak pengorbanan. InsyaAllah, jangan digusarkan dengan kepayahan kerana kesenangan itu belum tentu membawa bahagia di sana nanti.

Sedia untuk kerja lebih masa,
menjadi orang tengah Allah untuk merawat manusia.

Sedia untuk tinggalkan orang tersayang di rumah,
sibuk dengan urusan di hospital, kerja demi Allah jua. InsyaAllah.

Sedia untuk bengkak mata, kurang tidur,
moga jati diri terus tinggi demi SATU matlamat akhirnya.

Sedia!

Bersedia untuk menghadapi ALAM BARU. Bagi sesiapa yang masih bujang, sila persiapkan diri walaupun belum ada calon atau belum merancang untuk berumah tangga. Kerana bukan mudah untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan itu.

Walaupun dalam gurauan ia nampak mudah, namun realitinya mental dan fizikal itu harus bersedia untuk menerima insan baru dalam hidup sebagai pendamping hingga ke akhir hayat, InsyaAllah sehingga ke syurgaNya. Itu yang kita harapkan, iaitu membina baitul muslim yang kukuh pegangan aqidahnya, juga wujud ingat-mengingati dan bersama bergerak ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.

"You complete me"

Ya, melengkapi antara satu sama lain.

YANG PALING PENTING, SEDIA!

Bersedia untuk menghadapi ALAM SETERUSNYA, alam akhirat. Penentuan ke syurga ataupun neraka. Sangat-sangat penting daripada yang lainnya tetapi sebenarnya ia merangkumi semua yang di atas, termasuklah bagaimana kita membawa diri, bagaimana mengurus diri untuk lebih dekat denganNya dan perkahwinan itu mudah-mudahan juga dalam redha Allah.

Ya, kehidupan dunia ini tidak boleh lari daripada rangkuman nilaian akhirat.

Apa yang dilakukan di dunia, itulah bakal dinilai di akhirat.

"No free time for judgement"

Maka, kesimpulannya, bersedialah hadapi apa jua perjalanan yang telah Allah tetapkan ini. Hadapi dengan tenang-setenangnya. Hidup dalam penyerahan selepas berusaha itu indah, tiada yang dapat menggugat rasa yakin padaNya. InsyaAllah.

Muhasabah,
Pandang dunia dari kaca mata akhirat.
Maka dengan itu, kita dapat lihat dengan jelas mana baik, buruknya.

InsyaAllah.
InsyaAllah.
InsyaAllah.

Waallahu'alam.

3/2/2012 Sebulan lagi, terjagakah? Moga terpelihara dalam redhaNya, InsyaAllah.

Sehebat mana kita merancang, Pelaksananya jauh lebih hebat. Tiada tandingan! Maka redhalah dalam setiap aturanNya kerana itulah yang terbaik. InsyaAllah.

...Ingatlah, kepada Allah kembali segala urusan [42:53]
No doubt!
:)


Surgery posting, 1 week to go. InsyaAllah.
May Allah ease, Allahu yusahhil.
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates