Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, July 11, 2010

Y 310 : Usah Benci

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Alhamdulillah kedua-dua abang telah selesai mendirikan masjid masing-masing, cuma tinggal hendak dimakmurkan sahaja. InsyaAllah lahirnya kelak generasi yang mengamalkan Islam secara keseluruhannya sebagai cara hidup.

Ramai bertanya semalam, "Anak perempuan yang seorang ni bila lagi?"

Hanya mampu tersenyum, tanyakan sahaja pada mama, mama izinkan juga dengan izinNya, maka terdirilah lagi sebuah masjid. InsyaAllah.

Alhamdulillah walimah semalam, dapat mengeratkan tali persaudaraan yang selama ini terjalin, juga menjalinkan ikatan sesama saudara se-Islam. Dapat dua orang kakak ipar serentak memang seronok, dah bertambah anak perempuan mama.

Hari ini, mari berkongsi lagi. Guna peluang selagi Allah beri peluang ini buat hambaNya untuk mengingatkan diri sendiri.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannnya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut."
Na'uzubillah untuk menghina sesama hamba. Layakkah kita untuk menghina? Siapa kita untuk membenci, menghina? Apatah lagi untuk mengutuk. Kerana boleh jadi orang yang hina itu adalah hamba yang baik disisi Tuhannya selepas hidayah Allah yang beserta dengan taubat nasuha.

Kita? Manusia itu lupa.

Jika kita menghina seseorang itu, sedarkah kita bahawa manusia yang yang kita hina itu ada Penciptanya. Tahukah bahawa Pencipta yang mencipta manusia itu adalah juga Pencipta kita. Apa yang sebenarnya yang kita hina? Manusia itu atau Penciptanya?



Ya Allah, jika dalam hati ini ada rasa benci yang menjurus kepada penghinaan kepada sesiapa, maka lenyapkanlah perasaa itu kerana perasaan itu langsung tidak dapat membantu agamaku. Itu bukan matlamatku hidup di atas muka bumi ini, InsyaAllah.
Diceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa sedang berjalan bersama seorang muridnya. Tiba-tiba seorang lelaki yang terkenal dengan perlakuan maksiatnya mengikuti mereka dari belakang.

Murid Nabi Isa itu menoleh ke arah orang itu dengan penuh kebencian. Lalu dia berdoa di dalam hati, "Ya Allah, janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini."

Nabi Isa tiba-tiba menoleh kepada muridnya dan berkata, "Doamu telah dimakbulkan. Allah menerima taubat orang itu dan mengusir kamu. Pergilah engkau dari sisiku.
Kadangkala kita lupa walaupun kita tahu. Dan sesungguhnya berbaik sangka itu adalah penyelamatnya. Kita sepatutnya mendoakan, bukan menghina atau membenci. Doakan agar sama-sama dengan hidayah dan rahmatNya.

Rahmat dan redha Allah tidak pernah berkurang walaupun telah diberi kepada hamba-hambaNya. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Wallahu'alam.

11/6/2010 InsyaAllah amal akan upload gambar, walaupun tak banyak disebabkan kesibukan melayan tetamu :) Gembira dapat jumpa saudara-mara, gurau senda jadi kenangan.

Pak Lang sudah sihat, alhamdulillah. Gembira jumpa Pak Lang, jangan nangis ya :) Semoga sihat-sihat selalu, InsyaAllah.

Wednesday, July 7, 2010

Y 309 : No Title

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Balighu anni walau aayah..

InsyaAllah hari berganti hari, setiap amalan di hitung. Kadangkala amal kebaikannya menggunung tinggi, kadangkala menjunam hingga meningkatkan tahap kecerunannya. Tetapi adakah yang tinggi itu diselaputi keikhlasan?

Adakah yang tinggi itu ada nilainya disisi Tuhan?

Yang rendah itu pula bagaimana?

Baiki..baiki..baiki, pertingkatkan segala yang kurang. Walaupun memakan masa bertahun-tahun, tetapi pembaikan itu mesti diteruskan, InsyaAllah.

Mampukah?

Di sisiNya tiada apa yang mustahil.
Waallahu'alam.

7/7/2010 Mama sibuk dengan persiapan, siapa sahabat-sahabat yang boleh hadir 10 Julai (Sabtu) ini, jemput hadir ya :) InsyaAllah paginya akan diadakan tahlil arwah buat ayahandaku.

Sunday, July 4, 2010

Y 308 : Sayang

Assalamualaikum,

Telah sekian lama blog ini bersawang. Banyak sangat ingin dikongsikan sehingga tidak mampu lagi untuk menulis, tak tahu hendak mula dari mana. Semua yang berlaku dengan aturanNya, alhamdulillah menarik dan banyak mengajar diri, InsyaAllah.

InsyaAllah sambung study selepas menulis. Moga diberi kekuatan untuk terus bermujahadah menuntut ilmu Tuhan tanpa rasa jemu dan putus asa, InsyaAllah.

Rasa ingin menyanyi, biarpun di dalam hati :)

Hati bernyanyi melihat langit membiru di siang hari, alhamdulillah, bilik menghadap bumi Tuhan, boleh tadabbur alam bila-bila sahaja :) cuma nak atau sebaliknya.

Mari nyanyi..

Satu-satu..saya sayang ALLAH,
Dua-dua..sayang Rasulullah,
Tiga-tiga..sayang mama, babah,
SATU, dua, tiga..sayang semuanya..

Dahulu liriknya lain, buatkan diri rasa ingin diolah sahaja liriknya supaya hati bertambah riang dengan jiwa berTuhan, InsyaAllah.

Yang pastinya keriangan hati di dunia ini adalah sementara. Sulamilah dengan keriangan hidup berTuhan yang membawa ke akhirat, yang bukannya sekadar sayang tetapi patuh dan taat pada segala perintah dan laranganNya.

Ya, keriangan ini akan berakhir. Adakah kita bersedia??

6/7/2010 Metafora sungguh ayat kali ini. InsyaAllah hujung minggu terbang lagi naik belon :)
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates