Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Featured Posts

Awan itu

Awan itu memutih di waktu siang, menjadi kelabu di waktu mendung dan tidak kelihatan di waktu malam. Begitulah aturan Allah, cukup indah. Hidup manusia juga begitu, ia indah dengan ujian kasih sayang-Nya.

Langit itu

Langit itu biru, ciptaan-Nya yang sangat indah. Seiapa yang melihatnya pasti bertambah tenang dengan hiasan awan yang memutih. Namun berapa ramai daripada kita mengambil ibrah (pengajaran) dengan apa yang kita lihat? Bersama renungkan. Insya Allah.

Bayang-bayang itu

Bayang-bayang itu sentiasa bersama tuannya. Ia kelihatan pada waktu siang dan menghilang di saat tiada cahaya tetapi hakikatnya ia tetap ada. Begitulah juga dekatnya kematian dengan diri kita, pasti akan kunjung tiba apabila tiba masanya dengan izin-Nya jua.

Ilmu itu

Ilmu itu milik mutlak Allah dan ilmu-Nya tiada tandingannya iaitu merangkumi langit dan bumi. Carigali ilmu itu perlukan usaha yang berterusan dengan niat yang betul dan semangat yang mantap. Insya Allah.

Kerang dan Pasir itu

Kerang dan pasir itu adalah kejadian Allah yang sangat unik. Si kerang, menjadi perhiasan pantai nan indah dengan pelbagai bentuk dan rupa. Si pasir, halusnya tidak terkira, terhampar bahagia di lantai ciptaan-Nya.

Tuesday, December 6, 2016

Milk Booster Ibu-ibu

Jari-jemari menari-nari atas papan kekunci, sebelah tangan memegang roti (hehe!) Macam mana tak bam-bam, makan saja kan. Insya Allah ingin berkongsi 20 makanan yang boleh menambah susu badan. Setiap orang ibu mesti ada aim masing-masing.

 'Saya nak susukan anak at least 6 bulan.'

'Saya nak susukan anak selama 2 tahun. No formula milk okay!'

Lihat, betapa gigihnya ibu-ibu kita ini. Tidak pernah menyerah untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Kita sebagai anak? Sudahkah kita menghargai ibu-ibu kita?

Friday, December 2, 2016

Aku Hanya H.O

H.O = House Officer (Maka jadilah hospital itu rumah utama kami selama 2 tahun ini)

Mungkin ini yang ingin digambarkan, betapa sibuknya seorang H.O, sehinggakan hospital menjadi rumah utama. Lebih daripada setengah hari dihabiskan di tempat ini. Yang dahulunya asing, kini tidak lagi.

15 Disember 2016, tarikh ini sepatutnya saya telah pun menamatkan program Housemanship ini. Namun, Allah lebih tahu. Allah kurniakan seorang puteri buat kami sekeluarga dan memberiku rehat selama 90 hari sebelum betul-betul menamatkan Housemanship ini. Maka Insya Allah bulan 3 tahun hadapanlah nampak gayanya, dengan izin-Nya.

Hari ini, sahabat-sahabat seperjuangan yang lain sudah tahu penempatan mereka untuk M.O (Medical officer) nanti. Mesti semua tengah counting days untuk tamatkan hidup sebagai H.O ini, bestnya. HOORA-HOORAY!

HOORA-HOORAY sangat kan, sebab kehidupan M.O itu menunggu-nunggu untuk ditempuhi.
*tiba-tiba scary*

Saya bukanlah H.O yang hebat, perfect. Biasa-biasa sahaja. Fikir hendak QUIT? Mestilah ada. Siap fikir nak jadi businesswoman, nak buat perniagaan sendiri. Nak jual itu, nak jual ini. Ingat dahulu masa mula-mula, ada sahabat yang berangan nak quit dan nak jadi penjual air, guru tadika dan macam-macam (hehe!). Dan sekarang mereka ini jugalah yang bakal menamatkan Housemanship di pertengahan Disember ini.

Wednesday, November 9, 2016

Kapsul Pagi: Doktor Muslim

Nak jadi apa?
Apa cita-cita bila dah besar nanti?
Soal guru kepada anak didiknya (peringkat sekolah rendah).

Masing-masing berebut mengangkat tangan (saya! saya! saya!)
Masing-masing meluah rasa hati yang nak jadi apa bila besar nanti.

Saya nak jadi DOKTOR, cikgu!
Saya nak jadi PEGUAM, cikgu!
Saya nak jadi SAINTIS, cikgu! (sebab suka sangat subjek sains)

Soalan menjadi lebih mencabar apabila berada di peringkat sekolah menengah (hehe!)

Kenapa kamu nak jadi DOKTOR?
Sebab nak BANTU ORANG LAIN, cikgu. Nak berbakti pada masyarakat.

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates