Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, April 12, 2010

Tapak Binaan



Assalamualaikum,


Baru-baru ni sibuk dengan kisah 2 tahun, banyak part yang memuatkan gambar-gambar kenangan sepanjang menuntut di Sarawak. 2 tahun masih terlalu muda kan? :) Ya! Masih muda.

Bila umur sudah 2 di hadapan, masing-masing membuka cerita tentang kahwin, tunang. Sedangkan penulis blog ini seakan-akan hilang semua perasaan yang ada. Kahwin? Ya, setiap yang muda, pasti akan tua tetapi itu tidak bermakna perlu kahwin muda.

Setiap jalan hidup kita semuanya di bawah pengetahuan Maha Pencipta. Usah di ragui kerana janjiNya itu pasti. Hanya sabar dan tawakal yang dapat melenyapkan segala keraguan.



Setiap daripada kita sudah ada tapak binaannya. Cuma bergantung pada masa dan kos pembinaannya sahaja [RM11,111.11] Kos pembinaan bukannya murah. Masanya juga bergantung pada cuaca. Itu semua Dia tahu.

Bersabar dan berdoalah, bertawakkallah.

Apa kena cerita tentang kahwin? Ni mesti penangan seorang teman, cerita sakan tentang tapak binaan masjidnya pada tahun 2013nya. Pada tahun itu juga, tapak binaan menaraku akan sedia untuk dibina [segulung ijazah, nilaianya hanya redha Allah] InsyaAllah. Tapak binaan masjidku, aku serahkan segalanya pada Arkitek Terkemuka Dunia.

Hendak membuat tapak binaan ini, tidak kira tapak binaan masjid, menara atau sebagainya. Semuanya memerlukan perancangan dan kesabaran. Kita memerlukan mujahadah sebagai bahan asas binaan.

Mujahadah bermaksud berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. Mengikut Said Hawa di dalam al-Asas fit Tafsir, "Secara dasarnya melawan hawa nafsu itu bermaksud menundukkan hawa nafsu agar ia mengikut kehendak Allah dalam semua perkara."
"Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dari aspek zahir atau batin. Oleh itu, seseorang yang mencintai Allah sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah...Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat." [Ihya' Ulumuddin : Imam Al-Ghazali]
Dalam mujahadah ada kesungguhan dan di dalam kesungguhan itu ada ketaqwaan kepada Allah. Ketaqwaan di mana tahap keimanan tertinggi itu dicapai, InsyaAllah.
"Berhati-hatilah kamu dengan hawa nafsu. Ia adalah musuh kita yang paling ketat dan yang paling sukar untuk dikalahkan. Hal ini disebabkan ia berada dalam tubuh dan diri kita.." [Raudatut Talibin : Imam Al-Ghazali]
Waallahu'alam. Selamat beramal!

12/4/2010 Dalam membina tapak binaan, jalan lupa tapak yang akan kita duduki, diami selepas jasad terpisah daripada badan. Ruangnya kecil tetapi muat bagi kita.

:)

Cuti-cuti Malaysia dah dekat. Terengganu destinasi tahun ini :)

2 Buah fikiran:

sinar_islami said...

Akak yang tua ni pun jauh lagi...
tapi yang pasti sentiasa mendoakan yang terbaik...
yang pasti kita akan berkahwin dengan liang lahat..tak dapat tidak situlah kita disemadikan...
Namun sejauh mana persediaan kita utk itu?
Ya rabb berkatilah setiap waktu kami sebelum menemui-Mu

Amal Athirah Zarzilah said...

Liang lahat, itulah tapak binaan yang pasti..pertunangan dengan kamatian itu sudah terlaksana. Bila kita akan dinikahi?

Waallahu'alam.
Bersama kita perbaiki diri, menjadi lebih baik daripada sebelumnya :)
Untuk bertemu Dia..InsyaAllah.

Semoga berjaya kak!
:)

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates